Monday, January 16, 2012

New Friend, Lomo Kitty Fisheye..





Posting Bertarikh: 16 Jan '12, 1.38pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ini adalah sebuah kamera lomo yang aku beli pada 3 Januari yang lalu. Aku beli di Kedai 'The Clickshop' yang terletak di SS2, area Damansara. Kamera nih aku beli dalam harga rm189 kalau tak silap. Filem dia pula aku beli yang jenis biasa, ASA 400 berharga rm10. Hari sabtu lepas aku baru dapat habiskan segulung filem tu dengan mengambil gambar yang entah apa-apa. Lihatlah dalam masa terdekat nih aku akan cuci filem tu di sebuah kedai Kodak di Subang Perdana. Entah ok entah tidak hasil dia.. Huhu~ 

Kesempitan Melanda Diri..





Posting Bertarikh: 16 Jan '12, 1.17pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Kesempitan kewangan yang melanda diri memaksa aku untuk keluarkan juga sedikit simpanan yg aku ada untuk membeli laptop baru, menggantikan laptop Asus X80L yg telah menamatkan riwayatnya setelah hampir 5 tahun tahun berjasa didalam hidupku.. So, pada bulan-bulan yang akan datang, aku perlu 'topup' kembali simpanan yg aku telah gunakan untuk kali ini~ 

Sunday, January 1, 2012

Tayar Kereta Baru..





Posting Bertarikh: 1 Jan '12, 11.43pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, semalam pd akhir tahun 2011 aku telah tukar tayar kereta aku yg sudah pun tamat tempoh penggunaannya selama 5 tahun. Kata org, tayar dah 'mati'. Ayah tolong tukarkan tayar kereta aku di kedai bengkel Bukit Gambir. Kedai yg mana tu, aku tak pasti. Tapi ayah aku tak tukarkan ke empat-empat tayar. Hanya tukar 2 tayar belakang. 2 tayar baru, pasang didepan dan 2 tayar lama yg dihadapan, ditukar ke bahagian belakang. Jadi tak der lah keluar duit sekali banyak. Aku minta tolong ayah tukarkan juga Bateri kereta aku yg sudah 4 tahun digunakan. (last tukar bateri masa aku sem akhir di Miat tahun 2008). 
Ok, budgetnyer, 
Bateri Baru: rm175
Tayar Dunlop (made in Malaysia): rm350 (rm175x2)
Tiup: rm10
Alignment: rm15
Jual Bateri Lama: -rm15
So, semuanya: rm535 
Berbanding masa aku tukar Absorver dulu, kat kampung nih buat Alignment lagi murah. 
Masa buat Alignment di Pandan Indah; 
Alignment: rm18
Camber Kit: rm45
Adjust Camber: rm15
So, dah melayang rm78 kat situ... 
Insya'Allah, bulan depan aku akan tukar lagi 2 tayar yg masih belum ditukar..