Friday, December 16, 2011

Al-Quran Digital utk Hadiah Birthday..





Posting Bertarikh: 16 Dec '11, 2.06pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ini adalah Al-Quran Digital Al-Rayyan yang aku beli pada 17 Nov 2011 yg lepas. Aku beli Al-Quran ini bersempena dengan birthday aku, pd 19 Nov. Kebetulan sebenarnya aku terjumpa iklan Al-Quran Digital nih dah turun sampai separuh harga dari harga masa mula-mula keluar dulu iaitu nak dekat Rm400 harga dia. Waktu aku order masa 17 Nov hari tu, harga dia dah turun kepada Rm298. Yang bestnya, aku order malam 17 Nov, pada keesokan harinya iaitu pada 18 Nov, Al-Quran tu dah sampai kat alamat tempat aku kerja. Serious cepatkan? Huhu~ 
Oklah, klu ada sesiapa yg berminat nak beli Al-Quran Digital nih, korang boleh order kat sini... 
www.facebook.com/wholesalequran
Sekarang harga dia dah turun ke Rm290. Mungkin sebab dah ada saingan, sbb aku ada jumpa iklan Al-Quran Digital yang boleh cas beteri pen guna kabel USB. Klu yg mcm aku beli nih, pen dia masih menggunakan bateri...

Steamboat Virgin Australia





Posting Bertarikh: 16 Dec '11, 11.06am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



5 Dec 2011 yang lalu, Rep Virgin Australia telah mengadakan jamuan makan untuk pekerja Line 5 di sebuah restoran 'Steamboat' di Kampung Subang. Aku tak ingat apa nama restoran tuh.. Alhamdulillah, merasa juga aku makan steamboat. Sebelum nih, aku cuma dengar orang bercerita pasal makan steamboat, tapi tak pernah ada orang yang sudi nak ajak aku makan sama. Masa sampai kat sana, aku mcm blur gak mcm mana style makan dia? Aku belajar dari pemerhatian dari 2 org rakan sekerja aku yang perempuan. Dimana, kita boleh pilih cara bakar/goreng seafood yang kita ambil dengan mentega atau rebus dengan kuah tom yam yang restoran sediakan. 
Bagi pendapat aku yang baru pertama kali makan nih, aku rasa mcm leceh sikit, sebab kita kena masak sendiri makanan tu sebelum makan. Lepas tu bakar begitu saja dgn mentega tanpa sebarang 'rempah', aku rasa mcm biasa saja seafood tuh. Kuah Tom Yam pula, mcm tawar tak rasa apa-apa. Jadi bagi aku, mcm biasa-biasa saja. Cuma apa yang jadi seronoknya, sebab suasana tempat makan tersebut. Kita makan ramai-ramai dan masak ramai-ramai. Lepas tu boleh berkaraoke lagi. Itulah yang jadi seronoknya..
Oh ya, dalam banyak-banyak makanan yang dimasak, aku sukakan daging kambing bakar! Memang sedap, sebab daging kambing tu dah diperap dengan rempah tersendiri sebelum dibahagikan pada kami untuk kami bakar. Dengarnya, daging kambing biasanya tak disediakan, tapi waktu jamuan kami, daging kambing tu ada atas 'request'. Itu lah yang paling sedap dan itulah yang paling banyak kami bedal! Huhu~ 

Perbicaraan Mahkamah





Posting Bertarikh: 16 Dec '11, 10.35am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, memandangkan aku tak banyak kerja hari nih, so bolehlah aku layan 'liveblogging' sementara waktu. Ok, pada 29 Nov 2011 yang lalu, aku ada menghadiri satu perbicaraan mahkamah. Aku pergi satu family. Alhamdulillah, kes sudah pun selesai pada hari itu juga. Dan selepas ini, diharapkan tidak akan ada apa-apa masalah yang berlaku setelah aku mendapat satu lagi tanggungjawab sebagai seorang waris... Pembahagian dibuat oleh bapa aku sendiri. Dan kami adik-beradik sepakat... 

Jamuan Akhir Tahun MAS 2011





Posting Bertarikh: 16 Dec '11, 10.12am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Petang semalam, setelah hampir 2 tahun aku bekerja di MAS Subang, inilah pertama kalinya Mas Subang membuat upacara Jamuan Akhir Tahun untuk staff-staff nya yang bekerja di bahagian Maintenance. Upacara jamuan ringkas ini hanya sekadar mendengar ucapan orang-orang atasan yang 2-3 kali melaungkan 'We are the best MRO', 'We are number 1' dan entah, aku kurang dengar ucapan mereka sebab sound system yang kurang jelas. 
Apa pun, selepas jamuan itu diadakan, aku mendengar beberapa suara sumbang yang tidak berpuas hati. Diantaranya, ada yang tidak dapat makanan, makanan jamuan yang diberi tidak seberapa, hanya bihun biasa, epal kecut dan sebagainya. Jauh beza dengan jamuan makan syarikat penerbangan lain. Tiada apa yang boleh aku katakan, sebab aku sendiri kurang pasti apa nasib aku pada tahun depan. Memandangkan banyak pergolakan yang berlaku. Ada juga aku dengar yang bahagian kejuruteraan tidak terlibat dengan pergolakan Mas nih... Wallahua'lam... 

Wednesday, December 14, 2011

Sajak Musafir Lalu

Suasana kelam, hanya mampu bertindak mengikut naluri,
Di sini kesabaran mungkin teruji,
Dihulu menunggu masa untuk MENYUMPIT,
Dihilir menunggu masa untuk MENYABIT,
Langkah yang diambil perlu bijak dan berhati-hati,
Moga kelak tidak terperangkap dan menyusahkan diri,
Kerna aku hanya MUSAFIR LALU disini....

 

** Ada suatu peristiwa di Line 6 yang berlaku didepan mata aku pagi tadi. Dan peristiwa itu menimbulkan beberapa persoalan dihati aku. Tapi aku biarkan saja persoalan itu bertakung di kotak pemikiran... Aku jadi kurang pasti, apa sebenarnya 'kedudukan' aku dimata rakan-rakan sekerja ku disini. Sajak ini terhasil dikala aku cuba menyedapkan hati sendiri. Biarlah apa orang nak kata, biarlah apa orang nak duga... Apa yang pasti tempat ini bukan tempat aku. Aku hanya MUSAFIR LALU, yang menumpang mencari rezeki disini... Tak perlu sakit hati dengan sesiapa.. ok... :-S

Saturday, December 10, 2011

Sajak 'Gerhana Bulan' 10/12/2011

Termenung aku memandang langit
Duduk bersantai seorang diri
Orang lalu lalang hanya memerhati
Desis mereka didalam hati
"Mereng ker aper awek nih?"

 

Bulan gerhana, kilat berkelip
Angin bertiup, awan mendung tersisih
Berselang-seli menutup cahaya bulan disisi
Akhirnya ia pergi membiarkan bulan beraksi..

 

Iphone 3Gs memang tak memuaskan hati
Nak rakam gambar tak jadi
Nak tangkap video, hampeh sekali
Apa nak buat, hanya tonton dgn mata kepala sendiri ...

 

**Sekian, Sajak "Gerhana Bulan" malam ini... ;-)

Friday, December 2, 2011

Jambatan Berkaca...

Kadang-kadang terfikir,
PANJANGNYA JAMBATAN...
Entah bila nak sampai ke penghujungnya~
Jambatan yg dilalui bukan jambatan biasa.
Tapi jambatan yg penuh dgn serpihan kaca.
Setiap kali bertatih, kaki berdarah.
Kadang-kadang rasa nak berhenti, tak nak bertatih lagi.
Tapi kalau berhenti, sampai bila-bila pun takkan jumpa penghujung jambatan.
Jadi, terpaksa jalan gak...
Kalau dah tak larat jalan dgn kaki, jalanlah pakai lutut.
Kalau tak boleh dgn lutut, jalanlah dgn tapak tangan.
Kalau tak boleh dgn tapak tangan, jalanlah dgn siku...
Wallahua'lam~

 

**Pinjam ayat Shah Izzuddin, "Orang single selalu kena fitnah..." ;-(

'Petikan dr FB, 2 Disember 2011... 9.00pm...'

Saturday, November 26, 2011

First Time Buat Treatment Muka





Posting Bertarikh: 26 Nov '11, 10.03pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, gambar peralatan yang aku shoot kat atas tu bukan peralatan bedah tau~ hehe~ Pada 20 November 2011 yang lalu untuk pertama kalinya dalam hidup, aku telah buat 'treatment muka'. Bersempena dengan Birthday aku pada 19 November yang lalu, aku telah mendapat msg dari kedai 'Blossom Spa' Subang Perdana, dimana mereka telah menawarkan potongan sebanyak 50% untuk mana-mana pakej 'Full Treatment Facial' yang semuanya bernilai Rm100 keatas (sebelum discount). Kira berbaloilah juga kan? 
So, aku cubalah buat 'Gold Mask Treatment Facial' yang bernilai Rm115. Bagus untuk menegangkan dan mencerahkan wajah. Treatment nih mengambil masa 2 jam lebih nak siap. Mahu naik 'kematu' juga aku berbaring tadah muka lama-lama. Sampai tak boleh diam dah kaki aku. Maklumlah, orang tak pernah buat facial muka.. Macam-macam style aku berbaring. Huhu~ 
Bila dah siap, rasa licin dan segar jer muka aku. Hehe~ dan selepas potongan 50%, aku hanya perlu bayar sebanyak Rm57.50.. Murahkan? Memang berbaloi! Ok, itu saja cerita kali ini..

Sunday, November 6, 2011

Jubah Aidil'Adha...





Posting Bertarikh: 6 Nov '11, 12.01pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, ini adalah Baju Jubah yg aku pakai utk balik kampung pada hari ini. Aku gerak dr Subang pukul 4 pg tadi dan selamat sampai ke kampung pukul 6 pg. Mula-mula aku plan tak nak balik kampung. Tapi aku dah kena 'bising' dgn Abg Shualman dan Pak Cik Zul (rakan sekerja aku) pada hari Jumaat lepas, so aku pun isi lah borang cuti utk hari Isnin. Aku tak balik semalam sebab semalam aku masih lagi kerja.
Ingat lagi kata-kata Abg Shualman, "huh, ANAK DARA MENGELAT! Pergi balik kampung tolong kakak kau kemas rumah, masak lauk utk Raya! Asyik keje, keje, keje... Kalau anak aku nih, dah lama aku marah. Asyik kerja jer, berhenti kerja jer lah! Huhu~". Haish.. Sabar jer lah. Haha~ 
Ok.. Selamat Hari Raya Aidil'Adha... ; )

Thursday, November 3, 2011

Ultimate Cheesy 7 Pizza 'Frust'- Berjalanlah Tanpa Henti..





Posting Bertarikh: 3 Nov '11, 1.48pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Apa pun yang terjadi, 
Berjalanlah tanpa henti,
Air mata tak tertahan, 
Waktu untuk dijatuhkan.. 
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yg bererti~

Beberapa hari ini, aku berada dalam mood yg kurang baik. So, hari nih aku hiburkan hati dengan makan Pizzahut. Walaupun pizzahut baru nih tak der lah sesedap mana.. Asalkan aku kenyang dan boleh tersenyum, sudah lah....... 

Friday, October 28, 2011

Bila 'Puyuh Menggelabah' Diatas Kepala Ku





Posting Bertarikh: 28 Oct '11, 4.52pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Beberapa hari nih, kalau tengok perangai aku, aku yakin aku boleh memenangi Anugerah 'Puyuh' Terbaik! gara-gara diriku yg kerap kali menggelabah memikirkan exam yg bakal aku hadapi pada hari esok, iaitu Sabtu, 29/10/11. Lebih kurang pada hari Selasa yg lepas, aku telah mendapat email dari MAS Airlines yg meminta utk menghadiri 'written test', dan kalau lulus, dapatlah masuk interview utk jadi Bridging Junior Technician. Sebenarnya aku tak pasti soalan exam tu nanti macam mana. Ada yg kata, soalan yg keluar adalah soalan basic aircraft. So, aku study jer mana yg mampu. Aduh~ serious aku cuak.. Tak tahu kenapa. Habis semua org aku call utk lepaskan rasa cuak aku. Duk study sesorang nih, lagi aku rasa risau. Apa pun, kepada sesiapa yg membaca live blog aku nih, aku harap korang doa kan lah, mudah-mudahan aku berjaya ya~ Eh, ada ker org yg baca live blog aku nih? Ah, what ever~ : p

Sunday, October 23, 2011

Majlis Kahwin 3A..





Posting Bertarikh: 23 Oct '11, 4.50pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, sekarang aku berada ditempat majlis perkahwinan 'x' adik angkat kawan rapat aku masa kat Poli JB dulu, Abhar Amir Alias (3A). Aku tgh tunggu pengatin tgh makan berhidang nih. Ingat nak ambil gambar bersama dan lepas tu, aku nak balik Subang semula. Sengaja aku dtg majlis budak sorang nih sbb aku dah lama tak jumpa dia. Tapi dia masih nak berhubung dan sesekali msg dan call tanya khabar aku. So, sebagai tanda penghargaan, aku dtg juga rumah dia nih yg terletak jauh di Tanjung Karang. Serious, ini first time aku jejak kaki ke Kuala Selangor dan Tanjung Karang. Pengantin tak bersanding pun. Style baju pengantin pun simple sangat. Ok lah, doa aku supaya Jodoh pengantin ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat... : )

Friday, October 21, 2011

Diam, Kaku...

Aku adalah insan
Yang menunggu di persimpangan
Tidak berbuat apa
Hanya menunggu dipersimpangan
Hati terdetik untuk melangkah
Namun kaki terpasung tidak bergerak
Jiwa merayu untuk merubah
Namun jasad tetap tidak melawan
Mengapa aku terlalu lemah?
Tiada sesiapa yg menjawab
Mengapa aku tidak bergerak?
Tiada pemangkin yg menyedarkan~

 

** News Feed FB "21 Oktober 2011- 10.47pm"...

Buat MOD Radio Utk Kapal Argentina..





Posting Bertarikh: 21 Oct '11, 10.34am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Amacam, bila tgk gambar wayar yg berserabut kat atas nih? Macam tu jugalah serabutnya kepala nak menyiapkan wiring utk kapal terbang Argentina yg akan keluar dr Hangar pd hari Selasa ini. Punyalah banyak wayar yg perlu ditambah di bahagian E&E Compartment dan bahagian Foward Cargo kapal nih. Dan ini adalah kali pertama aku betul-betul involve utk buat MOD nih, dgn tunjuk ajar dr Abg Asri yg backup dr Line 10. Klu tak, sebelum nih, kerja-kerja mencabar macam nih lelaki yg akan buat. Perempuan jarang nak join. Tapi aku lak, boleh 'serah kepala' join buat kerja nih. Huhu~ 
Tak per.. Utk tambah pengetahuan dan skill kerja.. Aku tak kisah..

Sunday, October 16, 2011

Release Tension Di 'Times Square Theme Park'





Posting Bertarikh: 16 Oct '11, 2.06pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Hidup aku agak stress beberapa hari nih dengan perangai dan karenah rakan-rakan sekerja. Jadi aku putuskan utk tidak ambil OT pd sabtu ahad ini dan hari nih, utk pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Times Square utk release tension. Salah satu permainan yg aku tangkap gambrnya nih, 'Space Attack' adalah permainan pertama yg aku main. Serious, bagai nak terkeluar isi perut aku dibuatnya! Aku ingat dia naik separuh jer, sekali dia pusing 360', mmg menggeletar kepala lutut aku dibuatnya. Haha~ Aku rasa, masa aku main 'Space Impact' masa Genting dulu pun aku tak setakut main 'Space Attack' nih. *sigh...
Seterusnya permainan lain yg aku main adalah Ooort's Express, Dizzy Izzy, Spinning Orbit, dan last sekali Super Sonic Roller Coaster. DNA Mixer memang aku tak naik! Taubat aku nak main permainan yg pusing 360' gara-gara Space Attack punya penangan.. Huhu~ 
Ini pun aku dah rehat hampir 20 minit, pening aku tak hilang lagi. Huhu.. Permainan yg aku rasa paling relax dan cool adalah Spinning Orbit. Bagi org yg tak gayat ketinggian, memang akan rasa relax jer bila Spinning Orbit nih naik tinggi. Roller Coaster dia pula, best juga cuma aku rasa mcm sekejap sangat dia bergerak. Baru jerit 2 ke 3 kali, dah habis perjalanan dah. Huhu~ Dan kalau nak tahu, sepanjang aku bermain kat sini, setiap kali aku naik satu permainan tu aku akan baca 2 kalimah syahadat, selawat Nabi, dan Istighfar. Takut juga aku kalau tercabut nyawa waktu tgh bermain kat sini. Huhu~
Ok lah itu cerita dari aku utk kali ini...

Saturday, October 15, 2011

Maafkanlah Pemaaf...

MAAF...
Jadilah seorang yg PEMAAF wahai sahabatku
Tidakkah kau tahu,
Sedangkan RASULLULLAH S.A.W pun mengampuni umatnya...

 

MAAF...
Jadilah insan yg PEMAAF wahai saudara darah dagingku
Tidakkah kau tahu,
NABI YUSUF yg pernah dikhianati oleh adik-beradiknya,
Tetap membantu adik-beradiknya yg berada dalam kesusahan...

 

MAAF...
Jadilah seorang yg PEMAAF wahai ibu bapa ku
Tidakkah kau tahu,
Kemaafan yg kau berikan padaku akan mengurangkan seksaan
Dikala nyawaku hendak ditarik oleh Izrail
Jikalau aku ditakdirkan pergi sebelum mu...

 

(I) **Idea keluar waktu sedang makan malam di 'The Summit USJ', sambil memperhatikan sekumpulan family yg sedang makan sambil mengambil gambar didepan meja tempat aku makan...

(P) (P) (P)

~Wall FB pada "16 Oktober 2011- 1.12am"~

Tuesday, October 11, 2011

Ku Tak Sendiri Lagi

Tiada lagi teman untuk mengingati
Tiada lagi teguran untuk didengari
Tiada lagi insan yg memerhati
Kini aku sendiri...

 

Asam garam gula hempedu
Menjadi rencah yg namanya hidup
terumbang ambing hampir telungkup
Mujur pintu taubat masih belum tertutup...

 

Lantas membawa diri
Di tempat baru aku menyepi
mengharapkan belas kasih Ilahi
Adakah selama ini lupa? Yang Esa sentiasa memerhati...

 

Ku toleh kanan ku toleh kiri
Tiada sesiapa yg ku kenali
Ya, ditempat ini Usrah ku kembali
Tiada lain yg ku harapkan selain mengubati hati...

 

**Cetusan idea org yg dah pukul 1.30am, tak reti2 nak tido lg~ :-$

~Wall FB, 12 Oktober 2011- 2.26am~

Thursday, September 29, 2011

Repunzel Hilang Mahkota...





Posting Bertarikh: 30 Sep '11, 2.42am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Setelah hampir 6 tahun berada didalam simpanan, akhirnya pd 2 hari lepas aku ambil keputusan utk memotongnya pendek. Walaupun ianya sudah cukup panjang, aku tidak ada rasa bimbang pun utk memotongnya. Mungkin sbb dah terlalu lama disimpan kot. Bila siap saja potong, terus kepala jadi ringan. Huhu~
 Aku tak plan nak potong syle mcm mana pun masa masuk Salon. Aku ckp saja nak potong ikut bentuk yg sesuai dgn muka aku. Minah Salon tu suggest style 'Long Bob Hairdo' dan aku ikut jer. Style potongan 'Bob' nih ada layer 'V' kat belakang dan panjang jugalah. Lebih kurang gambar diatas nih, tapi lebih panjang sikit. Dia cuci dan blow sekali kasi kembang. Nasib tak 'kembang' mcm rambut ROSMAH. kih~kih~ 
Sebenarnya ini kali pertama dlm hidup aku pergi potong rambut kat Salon. Selama nih, klu aku nak potong rambut, mesti kawan-kawan yg tolong potongkan. Dan aku ingat last aku potong rambut sebelum nih adalah pd tahun 2006, waktu aku Sem 2 di MIAT... 

Sunday, August 21, 2011

Baju Raya Manik-Manik





Posting Bertarikh: 21 Aug '11, 10.52pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Sedar tak sedar, tinggal lagi seminggu jer lagi kita dah nak Raya! Sebelum nih, aku langsung tak der perasaan nak beli Baju Raya. Sebab aku budget akan jadi mcm tahun lepas. Dimana pekerja kontrak di MAS tak dpt Cuti Raya. Tapi untuk tahun ini, aku dikhabarkan yg semua pekerja, (staff & kontrak) kali ini dibenarkan cuti raya. Tetapi cuti approve sampai 4/9/2011 shj. Ah, tak kisahlah. Aku pun tak ambil cuti sampai 4 September pun~ 
Jadi disebabkan berita itu, barulah aku terfikir nak cari baju raya. Tadi aku jalan-jalan di Pasar Pagi Stadium Shah Alam. Aku beli Baju Melayu utk Ayah aku dan seluar Jeans utk anak saudara aku. Kemudian aku singgah di Giant Shah Alam dan aku terberkenan dengan Baju Kurung Moden kain Sifon yg bermanik-manik nih. Punya banyak pilihan warna yg ada, baju warna kuning juga yg aku berkenan. Huhu~ 
Baju yg aku beli nih, memang smart bila kena kat badan aku. Tak nampak gemuk dan tak nampak rendah. Kain untuk baju nih jenis 'kain kipas belakang'. Bukan jenis 'kain duyung' yg akan menampakkan kita rendah bila memakainya. Lebih-lebih lagi kalau orang yg jenis punggung besar. Memang tak sesuai pakai baju 'kain duyung' kalau pendapat aku. Baju nih aku dapat dengan harga Rm160 selepas tawar-menawar. Mungkin masih mahal kot. Aku pun tawar sikit jer. Tak tawar lebih sebab aku dah kepenatan kot waktu tu~ Tapi tak per lah. Yang penting aku dah ada baju raya untuk tahun nih, walaupun cuma sepasang jer~ Ok~

Uneng Mati Sakit~





Posting Bertarikh: 21 Aug '11, 9.59pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Se ekor kucing bulu kembang aku Si Uneng dah pun mati pada hari Jumaat yg lalu. Masa Maghrib 19/8/2011. Kakak aku kata, dia ada bawa Uneng pergi Klinik Haiwan di Tangkak. Doktor Haiwan kat situ cuma kasi ubat vitamin jer. Inject pun tidak~ Si Uneng dah lama tak lalu makan katanya. Nak ikutkan aku bengang juga dgn orang yg ada kat kampung. Langsung tak pedulikan apa-apa. Kucing sakit pun, biar jer. Sampai da teruk baru nak carikan ubat. Kucing-kucing yg lain entah tak tahu apa citer. Katanya ok jer. Hurm~ entahlah. Aku nak jaga sendiri, masalahnya aku duduk rumah Apartment. Masa aku bawa Si Tamtam ke rumah sewa hari tu, Si Tamtam asyik nak terjun jer dari Tingkat 2 rumah sewa aku. Haish~ sabo jer lah. Sebab kucing-kucing aku semuanya jenis yg dah biasa dgn tanah. Bila dibawa duduk Apartment, bingunglah dia sebab tak dpt jejakkan kaki kat tanah. Hurmm~ nantilah, bila aku dapat rezeki lebih nanti, aku nak beli rumah teres/ semi D ker.. So kalau aku nak bela kucing, kucing aku akan bebas sikit berbanding duduk Apartment. Ok~ Sayang Uneng.. Walaupun Uneng dah tak der~ :( 

Saturday, August 6, 2011

TamTam Buat Perangai





Posting Bertarikh: 6 Aug '11, 12.25pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Kesian aku tgk kucing aku sekor nih. Hari nih aku ada kat kampung, hampir 1 hari Si TamTam tidur tak bangun-bangun. Pagi tadi waktu sahur, dia menjerit-jerit mcm meroyan nak bawa anak-anaknya masuk dlm rumah. Aku tak kasi sebab masih awal pagi lagi nak bawa masuk kucing dlm rumah. Beberapa hari lepas, kakak aku beritahu kat FB yg Si TamTam nih dah menangkap dan makan 2 ekor anak ayam milik ayah aku. Adui~
So, aku balik kampung nih, plan nak bawa Si TamTam dan anak-anaknya balik ke Subang. Sebelum Ayah aku hilang sabar, dan mengenakan hukuman 'Buang Daerah' pada kucing aku yg sekor nih... ish~ ish~ :(

Uneng & Uteh mix Tempatan+Siam+Parsi





Posting Bertarikh: 6 Aug '11, 12.07pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Uneng & Uteh sedang berjemur selepas dimandikan. Letih betul menjaga kucing ala-ala Parsi nih. Tah dgn kucing Parsi manalah Kucing aku kawin sampai dpt anak 'Bulu Kembang' mcm nih? Padahal, kucing yg pernah dibela kat umah aku nih cuma kucing kampung dan kucing siam jer~ 

Tuesday, August 2, 2011

Beli 'Smart Tag'





Posting Bertarikh: 2 Aug '11, 10.24pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Beberapa hari yang lepas, aku cuba cari Smart Tag di beberapa buah Petronas berdekatan. Sebab aku tanya Abg aku, dia kata kalau nak beli Smart Tag, beli kat Petronas. Tapi sayangnya, kat Petronas dah tak der jual lagi. Yang ada cuma kad Touch N Go saja. Jadi, last2 aku masuk tol dan tanya dekat kaunter Tol, kat mana nak dapat Smart Tag nih? Awek Tol beritahu aku suruh pergi ke 'Kaunter Perkhidmatan Pelanggan PLUS' di Subang.. 
Maka petang tadi, disebabkan aku tak kerja kerana MC demam, jadi aku pergilah ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan PLUS yg kat Subang utk beli Smart Tag. 
Harga Smart Tag: Rm120
Kad TnGo: Rm10+ tambah reload Rm50
Dapat Smart Tag yg isi kredit dia ada Rm55..
So, selesai satu persiapan utk balik Raya. Aku sengaja beli Smart Tag nih sbb dah malas nak beratur panjang kat Tol.. Ok, sekian cerita kali ini. Dah 2 hari puasa kan? Untuk hari semalam dan hari ini, aku teruskan juga puasa walaupun dalam keadaan Demam~ Semoga Allah swt gugurkan segala dosa-dosa kecil ku disebalik sakit yg aku terima ini. Amin~

Sunday, July 3, 2011

Tv LED Samsung Kini Menjadi Teman Ku





Posting Bertarikh: 3 Jul '11, 9.16pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Setelah mengumpul budget dan membuat survey selama beberapa bulan, akhirnya pd hari Jumaat yg lepas, berjaya juga aku menyambar Tv LED Samsung 32' ini di kedai Sen Heng yg terletak di deretan kedai Subang Perdana dihadapan Apartment tempat aku menyewa. Lebih kurang pukul 6.30pm semalam, Tv LED ini dihantar oleh pihak Sen Heng ke rumah tempat aku menyewa. Mereka siap pasang dan setting kan channel Tv lagi tu.. Jadi aku dah tak perlu nak susah payah utk cari channel. 
Ok, apa yg menarik mengenai Tv yang aku beli nih, ianya Tv LED Samsung 32', Series 4, 4000. Bingkai Tv nipis, boleh cucuk USB utk baca picture, movie, & mp3. Ada 4 slot HDMI, Digital Noise Filter, Crystal Design, dan tersedia 1 remote control untuk kemudahan pengguna. 
Kenapa aku beli Tv nih dekat Sen Heng? Ok, sebenarnya dah banyak tempat aku survey Tv nih. Plan memula aku dulu, aku nak sambar Tv LCD Panasonic. Tapi bila aku banyak kali survey, harga Tv LCD makin turun, begitu juga dgn harga Tv LED. Memandangkan 'bulan perayaan' dah nak dekat, aku yakin pasti ada kedai yg akan buat harga promosi utk perayaan. Jadi aku ubah plan dr nak sambar LCD ke LED. Yelah, alang2 nak beli tu, biar yg berbaloi. Tak gitu? So, aku buat survey. Dari Pasaraya Giant, Tesco, Courts, Carefore, Kedai Samsung di Sunway Pyramid dan beberapa kedai elektrik di area tempat aku tinggal. Aku dapati, mereka majoriti letak harga Tv LED 32' Samsung pd harga Rm1799 dan Rm1899. Bila aku survey di Sen Heng, dia letak harga Rm1699. Seorang bro di kedai Sen Heng tu beritahu, Rm1699 tu adalah harga utk ahli Sen Heng, jika kita jadi ahli dan beli Tv tu, kita akan dpt point rm100. Jika nak terus guna point Rm100 tu, maka Tv yg harga Rm1699 tu akan jadi Rm1599. Untuk jadi ahli Sen Heng, kena bayar Rm12.
So, akhirnya aku beli juga Tv LED tu di Sen Heng memandangkan aku rasa itulah harga yg paling ok yg aku jumpa buat masa ini. Lepas tu masa nak bayar, bro Sen Heng tu kata ada potongan apa tah, jadi dpt lah harga Tv tu Rm1549... 
Sejak dah ada Tv nih. Aku tak rasa bosan dah utk lepak kat rumah. Dari mlm semalam, aku asyik layan movie jer. Apa tak nyer, hanya cucuk external hardisk, aku dah boleh layan pelbagai movie yg berada dlm simpanan aku. Tak perlu ada DVD Player dah.. Tv nih aku letak di ruang tamu. Tak nak letak dlm bilik sebab nanti bilik aku jadi sempit. Rak Tv, tak der. Ini aku guna rak buku, aku baringkan, kasi dia 'menyamar' jadi Rak Tv utk sementara. Huhu~ Ok lah, cukuplah tu... panjang lebar lak aku citer pasal Tv nih. Chau dulu~ ;)

Tuesday, June 28, 2011

Jom Serbu Panggung Tengok "TRANSFORMERS 3- Dark Of The Moon" !!





Posting Bertarikh: 28 Jun '11, 6.52pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Aku baru jer tahu yg movie Transformers 3 nih akan mula di tayangkan pada mlm ini dari Technician aku yg sedang baca surat khabar pagi tadi. Memula aku cuba juga booking tiket Cathay eCurve dari komputer tempat aku kerja. Sayangnya aku tak dpt booking seat ikut kehendak selain buat 'Auto Select'. Disebabkan tak puas hati, aku cancel order dan budget untuk tonton movie nih pada hari lain jer. 
Tapi disebabkan aku tidak dapat OT pd ptg ini & kena balik kerja kul 4.15pm. Maka balik dr kerja, aku terus gerak ke eCurve untuk dapatkan tiket movie Transformers 3 yg akan ditayangkan pukul 12.15 mlm ini. Waktu aku beli tiket nih dlm pukul 5.30 ptg, aku tgk masih banyak lagi seat panggung yg kosong. Dah beli tiket, so aku pun terus balik ke rumah sewa~ Bolehlah aku buat kerja rumah dulu sementara menunggu waktu lewat malam untuk tonton movie Transformers nih... Wokeh see ya, in Cinema! Weeeee~~~~ ;)

Sunday, June 12, 2011

Settle... Tukar Absorber Kereta





Posting Bertarikh: 12 Jun '11, 10.57am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Semalam, berjaya juga projek aku utk tukar Absorber kereta yg aku pun tak pasti sejak bila rosak. Maklumlah~ aku nih cuma tahu guna kereta jer. Bab-bab maintenance nih, bukan tahu sangat. Mujur juga ada Abang kandung yg sudi membantu. Maka semalam, melayanglah duit aku sebanyak rm588... 
Absorber+Spring+Mounting segala: rm450
Upah pasang: rm60
Aligment: rm78
Beli sendiri barang-barang nih kat kedai spare-part, kemudian hantar untuk upah pasang. Siap pasang, baru hantar kedai untuk buat Aligment. Kira, buat mcm nih, save budget sikitlah. Kalau terus hantar kedai, aku rasa kena bayar lagi mahal kot... Mahu nak dekat rm1000... 

Friday, June 10, 2011

Makanan Orang Sakit





Posting Bertarikh: 10 Jun '11, 9.32am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Dugaan... Dugaan... Boleh lak aku kena Ulser kat anak tekak~ sabar jer lah. Kalau nak ikutkan hati, tak nak gi kerja & tak nak makan apa-apa. Sebab sakitnya berdenyut sampai ke leher dan telinga. Tapi kalau tak makan, lapar pula... Jadi aku kuatkan hati masuk kerja dan singgah di Cafe727 untuk makan bubur~ :(

Monday, June 6, 2011

Penghibur Hati Di New Hangar





Posting Bertarikh: 6 Jun '11, 3.13pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Kucing yang selalunya berada di Crew Room depan workshop Painter nih confirm akan kena kejar dengan aku setiap kali aku terserempak dengan dia. Aku panggil kucing nih 'Mak Kucing'. Sebab kucing nih baru lepas beranak. Tapi aku tak tahu anak dia kat mana. Apapun, kucing ni lah yg jadi penghibur hati aku dari dulu lagi, sejak aku mula kerja di New Hangar. Rasa tenang hati bila dapat usap-usap bulu dia~ ;)

Back To New Hangar





Posting Bertarikh: 6 Jun '11, 3.03pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Setelah berhempas pulas 'mencangkul' di Old Hangar, sehingga aku hampir meradang di dalam kapal gara-gara terpaksa bekerja didalam gelap dan testpen aku pula hilang pada petang semalam, akhirnya minggu ini aku dicampakkan semula ke Line asal aku di New Hangar yg baru menyambut kehadiran kapal Myanmar pd hari Sabtu yg lepas. Airbus 320~ Nampak gaya, memang 'masak'lah aku buat kapal nih. Tapi apa yg aku check td, kapal nih tak der 'seat cabel'. Jadi potensi utk 'berenang' dibawah seat tu tak der. Cuma kalau kena remove PSU, memang 'masak+sauna free'lah aku kat dlm kapal. Huhu~ 

Friday, May 27, 2011

Notis 'Secret Recipe' Sah HALAL di Harian Metro...





Posting Bertarikh: 27 May '11, 5.46pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Gara-gara hebahan blog-blog di internet yg mengatakan Kek Brownies di Secret Recipe tidak halal memang membuat aku tidak tenteram memandangkan aku salah seorang peminat kek-kek Secret Recipe. Mujur aku terbaca notis pihak Secret Recipe yg menyangkal mengenai hebahan kes makanan tak halal. Jadi lega sudah hati aku~ kalau tidak, pening juga aku nak fikir mcm mana dgn amalan dan ibadah aku klu aku dah termakan makanan yg HARAM. ish... Mintak Simpang! :(

Friday, May 20, 2011

HATI... Berjagalah~

HATI~
kau terlalu mudah terusik dan diusik
kau tahu betapa sukarnya aku menjaga mu
cara bagaimana utk aku menbendung mu?
dari serangan titik hitam duniawi~

 

HATI~
janganlah kau mengeras
aku tidak mahu kau mati
jauh sekali mahu kau terluka atau sakit
agar tidak menjadi fasik dan munafik

 

HATI~
ku pujuk kau agar sentiasa ingat
ikuti Al-Quran dan As-Sunnah
petunjuk sepanjang zaman
agar tidak tersasar dari jalan kebenaran~

 

HATI~
jika sudah tersasar
kembalilah ke pangkal jalan
jangan angkuh jangan segan
sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang~

(L) (L) (L)

Memori

Dikala sedang asyik menyanyi,
seseorang mengingatkan suara adalah aurat,
maka tersipu aku dgn perbuatanku,
tetap, didalam hati aku mensyukuri
kerana masih ada yang sudi mengingati~

 

dikala seseorang merenung,
diri tersipu,
wajahnya tak berani ditatap,
renungannya tak berani di ungkap
hanya tanda tanya yang terpahat
ADA HUTANGKAH AKU PADA DIRIMU?

 

setiap kali wajah tertaut,
senyuman menguntum,
tidak pernah dirancang
tidak pernah diundang
bagai diulik kebahagiaan
bagai berada di awang-awangan~

 

tiupan angin bagai bersaksi
memenuhi panggilan dikala hening
angin menyapa dikatakan kebetulan
itulah ayat manis yang dihidang

 

yang manis menjadi tawar,
yang tawar menjadi payau~
teringat tanggungjawab & beban hati gementar
berfikir pahala & dosa jiwa seriau

 

segalanya perlu dibimbing oleh iman
kelak tak tersasar dari jalan kebenaran~

 

**Memori yg tidak mampu diceritakan~ Biarkan ia pergi dari ingatan ini.
Dan segalanya akan jadi biasa-biasa saja... (W)

Thursday, May 19, 2011

SPA Ikan Gigit-Gigit~





Posting Bertarikh: 19 May '11, 10.26pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Lepas selesaikan hutang kat Maxis Centre, aku sempat melayan SPA Kaki yg guna Ikan kat aras bawah Sunway Pyramid nih. Bayar RM38 utk rendam kaki dlm 30 minit. Time aku masuk Pusat Spa nih, memang tgh tak der org. Jadi bebudak Sabah yg jaga Spa tu kasi aku masa lama sikit utk rendam kaki dlm kolam yg ada ikan tu~ 
Fuh, seronok seh! Layan kaki kena gigit ikan nih. Masa mula-mula nak masukkan kaki dlm kolam yg isi ikan tu, kena masuk tumit dulu... Masa ikan tu kerumun dan gigit kaki, Ya Allah! bagai nak rak geli dia~ Mahu aku dah tergelak gila-gila. Nasib baik tak der org time tu. Hahaha~ 
Bila dah lama sikit, rasa ok dah. Memang best lah layan ikan nih. Ada dalam 45 minit aku rendam kaki, bila aku keluarkan kaki dlm kolam, rasa licin dan ringan jer kaki. Fuh, seronok~ :)

Bayar Hutang Maxis





Posting Bertarikh: 19 May '11, 7.47pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Balik saja dr kerja pukul 4.15pm td, aku terus bergerak ke Sunway Pyramid utk bayar hutang Broadband Maxis yg diguna oleh Abang aku yg tinggal di Ampang. Akaun broadband nih didaftar atas nama aku sbb nama Abg aku dan Kakak Ipar aku dah 'blacklist'. Dan tanpa pengetahuan aku, skrg nih nama aku pun dah jadi 'blacklist' sbb Abg aku tak bayar bil! Kalau sebelum nih, aku buat 'derk' jer sbb aku tak tahu. 
Tapi bila aku nak daftar line Celcom, baru aku tahu yg aku ada 'blacklist'. Cis! Sabo jer la~ So, aku mintak Abang aku langsaikan hutang nih. Tapi sbb akaun nih nama aku, jadi Abang aku suruh aku selesaikan dan dia beri aku duit. Ok, selesai sudah~ Mujur dapat pengurangan 50% bila aku pulangkan balik 'broadband'. Tadi dah bayar hutang bil sikit, Insya'Allah, bulan depan akan selesai terus hutang dgn Maxis. So, lepas nih bolehlah aku daftar line Celcom pula~ Alhamdulillah~ ;)

Friday, May 13, 2011

Langkah Kiri, Tonton Movie 'KONGSI'~





Posting Bertarikh: 14 May '11, 12.57am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Pergh~ Langkah kiri agaknya aku pergi tgk wayang filem 'KONGSI' mlm nih. Apa tidaknya, aku terpaksa drift, U-Turn sebanyak 2 kali kat depan 'One Utama' gara-gara jalan ke parking E-Curve yg dari Kota Damansara di tutup. Lepas tuh, rempuh dgn 'jam' kat Jln Pechala. Huish~ aku budget akan terlepas tayangan utk tonton movie nih. Tiket movie aku dah booking pg td. Aku booking utk pukul 10.30pm.
Mula-mula aku dah parking dekat tempat parking The Curve, dlm pukul 9.30pm utk ambil tiket movie yg aku booking. Lepas beli tiket, aku keluar balik dari The Curve utk cari port parking yg dekat E-Curve sbb The Curve akan tutup pd pukul 10pm. Nanti aku susah pulak nak cari kereta. Itu yg aku keluar utk cari parking lain. Mujur dlm 10.25pm, aku sempat drift masuk ke parking E-Curve dan terus naik ke CATHAY. Nasib, sempat gak. Huhu~ 
Komen aku pasal movie nih? Btw, cerita dia memang kelakar la~ Memang sesuai utk tontonan umum. Jalan cerita filem 'Kongsi' nih sebenarnya sgt simple. Cuma yg menarik bagi cerita nih adalah babak-babak lawak dan aksi saja. Dan ada nampak kelemahan sikit pd part yg terjun dr atas bumbung dekat 'Petaling Street' tu tak nampak 'neutral'. Terlalu nampak dibuat-buat. 
Satu kejutan bila ada la kereta polis Lancer dlm aksi kejar mengejar antara kereta lumba dgn polis. Apsal tak guna lambang Inspira?
Ok, itu saja komen aku utk movie 'Kongsi' nih~ 

Kerengga Buat Acrobatic~





Posting Bertarikh: 13 May '11, 7.07pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Sementara menunggu waktu utk logout dr tempat kerja pukul 7.15pm, aku habiskan masa dgn baca surat khabar KOSMO. Aku tertarik dgn 1 berita nih, gambar kerengga tgh berdiri dgn 1 kaki. Unik seh! Gambar nih. Teringat, dah lama aku tak gunakan DSLR D40 aku utk ambil gambar macro mcm nih. Kalau tak buzy kerja, aku buzy habiskan masa dgn family. Memang dah lama aku tak layan hobi fotografi aku. Harap lepas nih, aku akan ada masa free utk aku layan hobi fotografi. At least, tak der lah berhabuk kamera aku kat dlm bilik~ ;)

Secret Recipe, Subang Perdana





Posting Bertarikh: 13 May '11, 1.30pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Hari jumaat kali nih aku malas nak jalan jejauh. So, aku lepak kat Secret Recipe Subang Perdana. Tah bila masanya Secret Recipe Subang Perdana nih wujud, aku pun tak pasti. Tahu-tahu jer dah ada. huhu~ 
so, aku layan Kek Mango dan Jus Epal Salari. Serious tak sedap Jus Epal Salari nih. Tapi sbb dah ter'order, hurmmm~ minum jer lah~ :P

Sunday, May 8, 2011

KAMERA LOMO Di Subang Parade!





Posting Bertarikh: 8 May '11, 6.19pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Pertama kali aku jejakkan kaki ke Subang Parade hari ini. Dan aku sgt teruja bila terjumpa dgn kedai yg menjual KAMERA LOMO bersama alatan-alatan kamera tersebut di Tingkat 3 bangunan Subang Parade nih. Perkhidmatan utk cuci filem lomo pun kedai tu ada buat rasanya. So, lepas nih boleh jadi aku akan 'angkat' 1 Kamera Lomo kat sini. Tapi tak tahu bila~ sbb sekarang nih, aku tgh duk survey jam 'Baby G' yg bakal aku sambar tak lama lg~ huhu~

Thursday, May 5, 2011

'Tempayaki Hindustan' Sunway Pyramid





Posting Bertarikh: 5 May '11, 10.29pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Sebenarnya, aku nak buat tajuk yang lagi best, iaitu 'Tempayaki Bangla', 'Tempayaki Pakistan' atau 'Tempayaki Nepal'. Tapi aku tukar tajuk tu sebab aku dengar style bahasa mereka nih ada ala-ala hindustan GMR kat tempat aku keje. Huhu~ 
Dah puas tengok 'Ice Skiting', aku sempat gak melepak makan set Salmon di Restoran Tempayaki di Sunway Pyramid nih. Aku tengok, dari tukang ambil order sampailah ke tukang masak, majority nya org-org yg aku yakin originally dari India. Bukan India Malaysia tau. 
Apa citer yerk? Tak der ker org Malaysia yg nak keje kat Restoran Tempayaki? Sebenarnya bukan dekat Sunway Pyramid jer, tapi Restoran Tempayaki yg dekat 'The Curve' pun aku tgk begitu juga. Majority pekerjanya adalah bangsa ala-ala 'Hindustan'. Cuma aku ingat, 'Tempayaki' yg dekat 'Alamanda' jer yg originally org Jepun. Ermm~ kalau yg kat 'Mid Valley', aku tak pernah gi 'Restoran Tempayaki' dia, jadi aku tak pasti org Jepun atau Hindustan kat situ. 
Jadi, memandangkan makanan Jepun nih yg masaknya dia org bukan Jepun, jadi masakan dia dah berubah sikitlah yg aku nampak. Kalau Tempayaki Ori, nasi dia akan ditabur dgn hirisan 'Rumpai Laut'. Tapi ini dah bertukar, nasi kena tabur dgn BIJAN? haishh~ 
Nak buat mcm mana? Dah order, makan jer lah~ :p 

Hari-Hari Ku Yang Liat!





Posting Bertarikh: 5 May '11, 9.32pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Serious, punyalah liat giler aku nak keluar pergi berjalan. Walaupun dah balik kerja pukul 5pm, tapi tetap liat nak pergi jejalan bila dah sampai rumah. Akhirnya malam nih aku pujuk hati, keluar juga ke Sunway Pyramid utk beli toner skin food utk kakak aku~
Sesambil tu, sempat hiburkan diri dgn menonton latihan tarian 'Ice Ceating' kat sini~

Monday, May 2, 2011

Novel Yang Diborong dari Pesta Buku PWTC





Posting Bertarikh: 3 May '11, 1.15am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Hah, kau! Bukan 1, tapi 5 buah novel yg aku borong dr Pesta Buku. Dan 2 sticker kereta jenama 'I Luv Islam' yg aku beli di Pameran Buku KarangKraf. Ok lah, cukup setakat ini saja liveblogging aku di malam buta nih. Nak tido~ Esok keje, masuk pagi~ Chaiyok!!

Pesta Buku di PWTC





Posting Bertarikh: 3 May '11, 1.06am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ini pula gambar pd hari Ahad yg lepas. Aku sempat meredah hujan setelah balik dr Muar utk pergi ke Pesta Buku di PWTC semata-mata nak beli novel terbaru Ramlee Awang Murshid bertajuk 'Sutera Bidadari'. Dimana, novel nih adalah sambungan kisah Laksamana Sunan, watak yg aku 'gilakan' dari novel awalnya, 'Bagaikan Puteri'. Kemudian disambung dgn 'Cinta Sang Ratu', 'Hijab Sang Pencinta', dan 'Cinta Sufi'. huhu~ 
Dan diatas nih adalah gambar Dr. Tuah yg ketika itu sedang ditemuramah, ketika aku sampai di bahagian dewan yg dipenuhi buku-buku dan majalah terbitan 'KarangKraf'. 
Semasa nak bayar harga novel 'Sutera Bidadari', baru aku perasan yg novel Ramlee Awang Murshid nih dah naik harga. Kalau novel yg sebelum nih berharga Rm19.90, Kini dah jadi Rm22. Tak pasti aku kenapa novel dia naik harga. Tapi mujur juga aku beli novel nih di Pesta Buku dpt potongan harga... Untung aku di situ~ 

Selamat Pengantin Baru, buat sepupu ku~





Posting Bertarikh: 3 May '11, 12.24am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Sekadar berkongsi cerita pd hari sabtu yg lepas. Dimana salah seorang sepupu aku telah pun menamatkan zaman bujangnya pd 30 April 2011 yg lepas. Buat masa nih, sepupu aku sorang nih berjaya memecah rekod mendapat hantaran paling mahal iaitu sebanyak rm10 ribu berbanding sepupu perempuan yg lain. Tapi Rm10 ribu tu sebenarnya modal utk kenduri kahwin. Tak der pakai duit lain pun. Kira ok lah tu~ Tak penting pun duit hantaran tu. Duit Mas kahwin lg penting. Duit mas kahwin pula, utk negeri Johor dah naik, iaitu sebanyak Rm55 kalau tak silap. Apa pun aku doakan mudah-mudahan sepupu aku nih dapat mencapai rumah tangga yg bahagia dan kekal hingga akhir hayat... 

Melantak!





Posting Bertarikh: 2 May '11, 9.32pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Dah 2 mlm melantak Ayam Goreng McD. Lepas nih, jangan mengeluh sebab badan gemuk atau duit tak cukup sampai hujung bulan. Tgk lah apa yg aku makan? Sigh* =.="

Tuesday, April 26, 2011

Prata Banggela, sedap giler!





Posting Bertarikh: 26 Apr '11, 5.36pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Setelah seminggu bekerja di Old Hangar, minggu nih aku kerja di Line 8 (New Hangar)  Masuk hari nih, dah 2 kali ada orang belanja Prata Banggela. Serious, memang sedap Prata Banggela nih. Aku tak pasti kat mana dia org beli makanan nih. Tapi memang sedaplah. Bukan sedap sebab org belanja tau~ huhu~ 
Prata Banggela nih, luar dia ada pastri, inti nya pula ada telur yg dicampur daun salari dan cili kecil. Cara makan dia, cecah dengan timun sagat dan cili sos. Wah~ sedapnyer... 
Lepas nih, aku nak pergi 'merisik'lah, kat mana dia org beli Prata Banggela nih. Boleh aku beli utk family aku bila-bila kalau dia org ada datang ke Subang~ ;)

Warning Letter...





Posting Bertarikh: 26 Apr '11, 4.39pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Hari ni kereta aku dapat surat warning dari security MAS sbb parking kereta bersepah, parking pada tempat yg tak leh parking di New Hangar. Nak buat camner? Dah tempat parking tak cukup. Aku belasah jer lah letak kereta kat mana-mana. Dan tempat yg aku parking tu pun tak der lah menghalang lalu lintas. Alah, dah dapat surat warning, alih jer lah kereta. Sekurang-kurangnya dia tak 'clamp'. Mahu melayang duit poket aku klu kereta kena 'clamp'~ ish~ ish~

Saturday, April 23, 2011

More Cleaning, Sir! More Cleaning!





Posting Bertarikh: 23 Apr '11, 4.36pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



More cleaning, Sir! ~ More cleaning! 
Hari nih, 1 hari buat kerja cleaning jer~ wire cleaning kat cockpit. Habis 1 badan dah bau habuk nih~ Satu ayat lawak yg Pak Cik Aziz Sarawak yg sama kerja dgn aku buat cleaning... 
"Banyaknya habuk! Nasib baik ada habuk, kalau tak, HABUK PUN TAK DE~" 
huhu~ =.='

Wednesday, April 20, 2011

Tiada Sahabat...





Posting Bertarikh: 20 Apr '11, 1.51pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, tiada apa-apa yg special mengenai gambar makanan yg aku 'tembak' kali ini. Cuma sup daging dan air soya yg aku beli di Cafe 727. Ini lah hidangan kebiasaan yg akan aku beli klu duduk melepak di Cafe 727 yg bertempat di Old Hangar. 
Old Hangar? Ya... Minggu ini aku sudah kembali semula bekerja di Old Hangar dan kembali semula ke Line asal aku, iaitu Line 3. 
Aku sebenarnya sedang menunggu kehadiran rakan sekerja utk makan dan sembang bersama di cafe nih. Tapi ini dah pukul 1:25pm, masih tak nampak batang hidung. Msg yg aku bagi pun dia tak reply. Sebenarnya dah byk kali rakan sorang nih buat mcm nih. Kadang2 bosan juga aku dgn perangai dia. Bila time dia yg ajak makan, aku 'ON' jer. Tapi bila time aku yg ajak, (sbb ada citer menarik yg aku nak kongsi kat dia) mcm nih la dia.. Tah la~ Klu time susah, pandai lak cari, call atau msg aku. Tapi bila time mcm nih, msg/call pun dah tak reti. Mcm tak pernah simpan no tel aku jer~ Apa punya kawan daa~
Macam nih la aku~ Kekadang teringat sahabat lama waktu zaman aku sekolah dulu. Yg sentiasa ada bersama time aku nak bercerita. Yg sudi makan sepinggan dan minum 1 cawan. Juga yg sentiasa bersama menjadi penyokong diwaktu susah atau senang. 
Tapi sekarang nih, masing2 dah jadi isteri dan dah ada anak. Aku jer yg masih tak menamatkan zaman bujang. Ah, tak der apa yg nak aku kesalkan. Rezeki, ajal dan jodoh tu ditangan tuhan. Walau mcm mana perangai kawan2 yg ada kat sekeliling aku, aku biarkan saja perangai mereka begitu. Klu mereka ingat dan nak berkawan dgn aku, aku terima saja kebaikan mereka. Tapi bila mereka pergi begitu shj, aku pun buatlah hal aku sendiri. Menjadi seorg yg berdikari sentiasa~ ;)

Tuesday, April 19, 2011

Sila lah, Bersila Diatas Kereta...





Posting Bertarikh: 19 Apr '11, 8.08am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Gambar nih aku shoot ptg semalam, waktu keluar dr tempat kerja~ Ini apa citer yg sampai duk BERSILA kat atas kereta nih? Ceciter... Ceciter... ??

Monday, April 11, 2011

Satu Harapan~





Posting Bertarikh: 11 Apr '11, 3.42pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



MAS.. Bila lah agaknya aku akan jadi permenant staff kat sini? :(

Saturday, April 9, 2011

JM Baryani- Baryani Gam Kambing 'Da Best!





Posting Bertarikh: 9 Apr '11, 6.17pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs


Balik dari kerja, terus drive pergi Kelana Jaya. Layan JM Baryani House~ Tengok menu, ada menu special utk hari Sabtu iaitu 'Baryani Gam Kambing'. Apa lagi, aku try la order. Sebab sebelum nih pernah makan baryani dia yg biasa jer. Kira ini first time la aku layan Baryani Gam dia. Order sekali dengan 'JM Tea'.
Bila makanan sampai, fuh! Memang special habislah.. Daging kambing bawah nasi beserta sebiji telur rebus dan kentang.

 

(Hah, apa? Telur tiruan? Itu bukan kat Penang ker? Apa telur tiruan dah sampai KL ker? Ah, aku makan sedap jer, rasa telur gak. Propaganda jer kot tu~ Lepas tu peniaga ambil kesempatan naikkan harga telur. Kalau mcm nih, orang susah dah tak boleh makan nasi dgn telur. Student dah tak boleh layan 'Nasi Bujang'. Sebab telur pun dah mahal. Sabo jer lah!)

 

Lepas tu dia ada letak sedikit sambal. Nasi baryani dia ada ditabur  dgn bawang goreng dan kismis. Juga dihidangkan 2 lauk standard, iaitu Acar Buah dan Kuah Dal. Serious, memang sedap!
Manakala air yg aku order, JM Tea. Aku budget lah mcm mana rupa dia? Rupa-rupanya air 'Tea 3 Layer' atau nama lain dia, air 'Teh C Special' jer.. Huhu~
Klu sebelum nih, aku suka order 'Air Sirap Bandung'. Ala~ Air Sirap Bandung dia yg ada kasi Aiskrim Soda tu~ Memang sedap la~ Ok lah, makan dulu.. Ini cover sekali makan tgh hari, makan ptg dan makan malam.. Nyum!

Sarapan Pagi Nasi Putih 'Cekik Darah'





Posting Bertarikh: 9 Apr '11, 10.20am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Dekat 2-3 kali aku pusing area Subang Perdana mencari Nasi Kerabu. Tapi tak jumpa. Last nya aku singgah ke sebuah Kedai yang jual 'Nasi Kukus Kelantan'. Beli nasi putih tak sampai 1 cawan, ayam goreng hanya peha, sambal, timun sikit dan kuah masak lemak. Sekali tanya harga, Rm4.50?? Oh, nasi kawah dgn nasi kukus lain harga yerk? padahal lauk ayam goreng jerr~ *sigh~ :p

Thursday, April 7, 2011

Haish~ Pak Guard/ Mak Guard nih, buat saya malu la..





Posting Bertarikh: 7 Apr '11, 9.02am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, dah jadi citer lawak semalam, gara-gara Pak Guard/ Mak Guard kat MAS nih dah tak larat nak 'touch'kan kad security untuk sesiapa yg keluar masuk ke Hangar. Jadi mereka buat 'sport check' dan ambil nama sesiapa yg masih menggunakan pas lama dan tidak menukarnya kepada pas 'touch n go' (pas baru). Aku pula salah seorang yg masih menggunakan pas lama. Bukan tak nak tukar baru, sebelum nih pernah gak isi borang utk tukar pas baru. Tapi vendor kata dia tak boleh uruskan. Maknanya aku kena buat sendirilah. Bila dah mcm tu aku buat bodoh jer lah. Sebab pas lama yg aku guna ni pun valid sampai bulan Julai 2011. Jadi masa aku balik dr tempat makan 'M-Hub' waktu rehat kul 10pg td, Mak Guard ambil nama aku dan minta aku pergi buat pas baru. Jika sebelum nih, ada beberapa org guard nih yg suka mengusik aku setiap kali aku minta 'touch'kan kad security. Ada yg minta belanja Mc D dan ada pula yg sempat buat2 nak nangis setiap kali aku minta tolong 'touch'kan pas. Huhu~ 
Bukan apa, pernah satu hari tu, aku ada keluar masuk banyak kali sebab nak pindah barang yg byk masuk dlm kereta. Jadi Guard yg jaga waktu tu tension kot sebab kena 'touch'kan pas utk aku banyak kali. Giler membuli aku nih! Hehe~ 
Sampailah waktu nak keluar rehat tgh hari semalam, ada sorang mamat guard nih dia saja mengusik aku dgn hanya meletakkan pas diatas palang laluan tanpa membantu aku men'touch'kan pas tersebut. Aku pun apa lagi, dengan slumbernya ambil pas tu dan 'touch'kan sendiri pas, tolak palang, dan sangkutkan balik pas tu pd palang td. Sambil lalu keluar, aku sempat tersenyum pd guard tu. Guard tu tegur aku, "Haish~ kejamnyer~". Aku jawab balik, "Relax-relax, kejap lg saya buat pas baru, ok~". Guard tu senyum jer. Ada lg sorang guard beritahu aku klu nak buat pas, tunggu pukul 2ptg nanti. Jadi pukul 2ptg tu, aku terus buat pas baru. Tak susah pun nak buat pas rupanya. Cuma isi borang, ambil gambar, dah siap pas tu. 
Lepas buat pas baru, aku cadang nak terus masuk ke Hangar. Tapi bila aku sampai di depan pintu masuk, aku jadi MALU sebab 2 org guard yg jaga waktu tu dr jauh dah lambai aku sebab nak tgk pas baru aku. Haha~ Baik2 aku nak masuk, terus aku pergi ke Surau utk solat Zohor dulu. Lepas solat Zohor, aku pergi masuk juga ke Hangar. Apa yg melucukan, 2 org guard nih beria-ria nak tgk pas aku. Lepas tu bila aku 'touch'kan pas utk buka palang laluan, mereka boleh bersorak gembira sbb dah tak perlu 'touch'kan pas utk aku lg.. Haish~ sabo jer lah.. Huhu~ 
Btw, bekerja di New Hangar nih memang tak berapa best bagi aku. Tapi kekadang karenah guard-guard yang suka mengusik aku nih menceriakan hari-hari aku sepanjang bekerja di New Hangar.. Terima kasih kepada guard2 di MAS nih yg sporting dgn aku.. Huhu~

Tuesday, April 5, 2011

Kembalikan Hati Ku~



 

 

Cuba melupakan tetapi tidak dilupakan,
cuba dilupakan tetapi masih kasihan,
hilangkan kasihan tetapi masih sayang,
hilangkan sayang rindu tetap datang~

 

cuba melupakan akhirnya tenggelam,
rindu yang datang semakin pudar,
sayang yang hadir kian pergi,
dan akhirnya senyuman muncul kembali~

 

sayang yang pergi belum tentu kembali,
hati yang tenggelam semakin karam,
didalam senyuman masih meragui,
adakah hati akan muncul kembali?

 

 

 

--------------------

rangkap 1; kuar idea masa balik dr kerja. selepas melihat khabar sedih si dia di fb~ rangkap pertama nih dah lama karang. rasanya dlm 2 bulan lepas~
rangkap 2; kuar idea selepas sekilas melihat wajah 'New Tech' yg singgah di line 6 tgh hari td~
rangkap 3; kuar idea masa dengar lagu 'OASIS- Dont Go Away' kat youtube sebentar td~

 

**Gambar dari FB ZackZukhairi~ pinjam gambar nih sebab nampak sesuai dengan sajak/puisi yang aku karang~

Sunday, April 3, 2011

Tahniah Kepada Semua Pemenang ABPBH





Posting Bertarikh: 3 Apr '11, 11.20pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Balik dari kampung, sampai Subang lebih kurang 10pm. Terus singgah ke Restoran An-Nur, layan tonton ABPBH. Nak singgah restoran lain, masing-masing buka rancangan perlawanan bola. Cuma restoran nih jer yg buka rancangan ABPBH. So, ada tak der, aku singgah restoran nih jer la sbb rumah sewa aku tak der tv. 
Ok, ckp pasal ABPBH nih, dengar ceritanya Siti Nurhaliza dah tarik diri sbb dia dah banyak kali menang Anugerah Bintang Popular nih. Jadi, siapa pula yg akan menang ABP kali nih? Kita tunggu lah sampai penghujung rancangan~ 

Friday, April 1, 2011

Live Band - Restoran NK DE Cuisine





Posting Bertarikh: 1 Apr '11, 10.48pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, lupakan tentang salmon yg bertukar jadi steak grilled td. Apa yg menarik tentang Restoran NK De Cuisine nih, dimana pengunjung yg dtg makan di restoran ini akan dihiburkan dgn LiveBand mereka yg akan membuat persembahan dr pukul 10pm-12pm pd setiap hari Jumaat dan Sabtu. Pada mlm hari Rabu pula akan ada Free Jamming didepan restoran ini. So, sesiapa yg kaki jamming, bolehlah layan jamming kat restoran nih. Sama gak, dr pukul 10pm-12pm. Ok gak lah sesekali layan~ Enjoy!

Western Food - Restoran NK DE Cuisine





Posting Bertarikh: 1 Apr '11, 10.20pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Dah puas berjalan di Pasar Malam, aku lepak pula di Restoran NK De Cuisine, Subang Perdana. Restoran nih memang dah jadi 'port' aku klu nak makan Western Food. Bagi aku, western food dia kira sedap la.. Ada lagi perkara menarik pd restoran nih. Nanti aku citer~ 
Sebenarnya aku gi restoran nih sbb teringin nak makan Salmon. Sekali tu mamat yg amik order tu tersalah amik order. Sekali yg dtg, daging bakar? Aduh~ nak buat camner, aku ckp gak kat mamat tu yg aku mintak Salmon. Berubah pucat muka dia. Then, aku ckp lah, tak per lah aku mkn gak~ Barulah mamat tu nak tersengih.. Apa daa~
Tapi tak leh nak salahkan gak. Sebab depan restoran nih, pasar mlm.. Memang agak bising jd dia tak berapa dengar masa amik order td kot~ :p

Pasar Malam Subang Perdana





Posting Bertarikh: 1 Apr '11, 9.47pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Beginilah keadaan sebahagian jalan di Subang Perdana yg akan sesak dgn Gerai Pasar Malam dan org ramai yg tak surut-surut dari pukul 5pm td. Pasar Malam nih dekat jer dgn apartment yg aku sewa. Jadi aku dah tak risau utk beli barang dapur sbb kat sini, macam- macam ada..