Friday, March 8, 2013

Breaking The Rules

Aku PEREMPUAN...
Biar pun aku kelihatan LURUS
Namun hakikatnya,
Aku tetap sebatang TULANG RUSUK YG BENGKOK...


Biarkan aku bermain
Biarkan aku berlari
Namun dikala aku terjatuh,
Diharap... jangan pernah serik...
Melayan karenahku disini
Kerana aku akan lebih menghargai

Hati akan berbisik
Minda akan berfikir
Mulut akan berkata
Hakikatnya semua tidak akan memberi gambaran yang sama
Namun apabila NEKAD datang,
Tiada apa yang mampu menghalang...

Terimalah kenyataan bila mana,
Tiada CINTA
Tiada KEPERCAYAAN
Tiada KETENANGAN... maka...
Tiada apa yang mampu MENGIKAT hati ini lagi

Aku perlukan KEPERCAYAAN
KONGKONGAN dan KECURIGAAN membuat aku rimas dan benci
Kebencian akan membuatku LARI
Maafkan aku kerana terpaksa PERGI...

~BREAKING THE RULES~

**idea tercurah masa nak masuk tidur... rangkap pertama dan terakhir dtg dlm minda terlebih dahulu.. baru rangkap2 yg lain dtg... siap mengarang kul 12.30mlm/FB News Feed/ 08 March 2013... sekian...

Wednesday, February 13, 2013

BR1M





Posting Bertarikh: 13 Feb '13, 10.31pm MYT.
Dari Kaca Lens: Galaxy Note 10.1



Surat BR1M dah sampai.. Ingatkan boleh terus ambil duit, rupa-rupanya kena tukar surat nih dengan kupon dulu.. pastu baru boleh ambil duit... sayangnya aku tak boleh cuti pada 14hb nih.. jadi tak tahulah bila aku boleh ambil duit nih... :(

Thursday, February 7, 2013

A Good Day To Die Hard





Posting Bertarikh: 8 Feb '13, 12.07am MYT.
Dari Kaca Lens: Galaxy Note 10.1



Something yg aku buat pada hari ini... Rancangan utk masa akan dtg...

Tuesday, January 29, 2013

Car With Classic View...





Posting Bertarikh: 29 Jan '13, 12.21pm MYT.
Dari Kaca Lens: Galaxy Note 10.1



Bawa bapa ziarah rumah Mak Cik yg terletak di Parit Jawa, Muar...

Monday, January 21, 2013

Paper Artist Galaxy Note 10.1





Posting Bertarikh: 21 Jan '13, 4.37pm MYT.
Dari Kaca Lens: Galaxy Note 10.1



Samsung Galaxy Note 10.1 bersama dengan apps 'Paper Artist' nya... Sangat menarik dan da'booooommm~ :)

Cubaan Semula Dari Note 10





Posting Bertarikh: 21 Jan '13, 3.46pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Via Flickr:
Antara yang cantik dan comel... Brooch untuk niaga online... Nak beli? Jom, layari
nuristimewa.com

Tuesday, January 1, 2013

New Style Sempena Tahun Baru 2013

katerina


Kebetulan hari ini, 1/1/2013 jatuh pada hari Selasa. Antara hari yang baik untuk potong kuku, bercukur atau potong rambut. Jadi, setelah bercadang hendak trim rambut dari bulan Disember yang lalu, akhirnya baru hari ini aku sempat pergi ke Salon Rambut.


Pada mulanya aku bercadang nak buat style mcm Hilary Duff seperti watak Lizzie Mcguire. Bila sampai di salon, aku cakap kat Barbers tuh, aku nak potong rambut ikut kesesuaian muka aku. Dia tanya nak potong style macam mana? Aku cakap, "kalau layer, ok tak?". Barbers tu kata tak leh layer sangat. Buat layer bulat, ok larr.. So, aku iya kan saja kata Barbers tuh. Potong punya potong, barbers tu tanya lagi, nak cut depan tak? Aku iya kan juga. Dia cut depan. Aku tak tengok sangat. Aku buzy baca FB kat iphone dan lepas tuh main game 'Diamond'. Lepas tuh cuci dan buat 'straight blower'.


Bila siap blower, aku tengok cermin dan terkesima. Style rambut aku dah macam Katerina dalam movie 'Lagenda Budak Setan'. Ah, sudaa... Lain style yang aku nak, lain lak style yg barbers tu buat. Ah, tak kisahlah. Asalkan dah potong... Melayang juga rm56 untuk gunting, cuci dan ubat buang kelumumur.


and... barbers tuh pesan minta datang lagi. Dia cadangkan aku utk buat Scalp Treatment... dengan harga rm120. hurmm~ lain kalilah... tunggu aku ada budget...

Maka... jadilah ini fashion Tahun Baru 2013, aku... ;-)