Friday, March 8, 2013

Breaking The Rules

Aku PEREMPUAN...
Biar pun aku kelihatan LURUS
Namun hakikatnya,
Aku tetap sebatang TULANG RUSUK YG BENGKOK...


Biarkan aku bermain
Biarkan aku berlari
Namun dikala aku terjatuh,
Diharap... jangan pernah serik...
Melayan karenahku disini
Kerana aku akan lebih menghargai

Hati akan berbisik
Minda akan berfikir
Mulut akan berkata
Hakikatnya semua tidak akan memberi gambaran yang sama
Namun apabila NEKAD datang,
Tiada apa yang mampu menghalang...

Terimalah kenyataan bila mana,
Tiada CINTA
Tiada KEPERCAYAAN
Tiada KETENANGAN... maka...
Tiada apa yang mampu MENGIKAT hati ini lagi

Aku perlukan KEPERCAYAAN
KONGKONGAN dan KECURIGAAN membuat aku rimas dan benci
Kebencian akan membuatku LARI
Maafkan aku kerana terpaksa PERGI...

~BREAKING THE RULES~

**idea tercurah masa nak masuk tidur... rangkap pertama dan terakhir dtg dlm minda terlebih dahulu.. baru rangkap2 yg lain dtg... siap mengarang kul 12.30mlm/FB News Feed/ 08 March 2013... sekian...