Monday, December 15, 2014

PEREMPUAN BIASA

Title: PEREMPUAN BIASA
Writen by: Me...

Aku perempuan biasa
Bukan malaikat

Lahir dari tempat biasa
Bukan dari syurga

Hidup sebagai orang biasa
Bukan sakti

Cukup !
Usah bandingkan aku dengan dia
Kerna berbeza

Ya, dia bijak
Namun lebih bijak jika dia mahu kembali kepada Penciptanya
Ya, aku bodoh
Namun aku berharap tidak akan bodoh menilai perkara yang baik dan perkara yang buruk...

Ya, aku perempuan biasa
Ada sisi HITAM, ada sisi PUTIH
Sama seperti kamu
TIADA HIPOKRIT ...

Monday, November 24, 2014

K.A.W.A.N

Title: K.A.W.A.N
Writen by: Me...
Muzik Latar: Sahabat - Aizat

KAWAN...
Hadir dikala berduka
Pergi dikala SEMPURNA

Kawan
Lari bersama dikala lemah
Membengkes jatuh dikala kuat

Kawan
Hadir tidak diundang
Pergi tanpa dipinta

Kawan
Mengajar erti IKHLAS
Tanpa mengharap balasan

Kawan
Hadir membuah kegembiraan
Hilangnya membawa HIKMAH

Kawan
Jika benar, akan kembali hadir
Jika tidak, biarlah berganti yang terbaik....

Friday, August 29, 2014

Assalamualaikum Jodoh ...

Title: ASSALAMUALAIKUM, JODOH...
Writen by: Me...
Muzik Latar: ost windstruck - At The Cafe
.
LAMARAN...
aku sedar
bila mana ianya ditolak
ia tidak akan hadir kembali

namun aku percaya
hati ini milik Allah
takdir itu milik Allah
Bila mana ia berkata 'kun fayakun'...
Kau tahu apa yg akan jadi, bukan?

biarlah usia berganjak
biarlah masa berlalu
namun untuk melangkah ke waktu itu...
biarlah Allah yang tentukan untuk ku

Jika jujur datanglah kembali
Jika ikhlas hadirlah disisi
Sampaikan tulus niat mu
Agar hati teguh menunggu

biar kan ku tahu
bila hadir waktu itu
Akan ku katakan padamu
ASSALAMUALAIKUM, JODOHKU...
.