Sunday, March 27, 2011

Innershine & Pati Ayam Brands





Posting Bertarikh: 27 Mar '11, 10.18am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Jumaat yg lepas, aku ada beli hamper Innershine Pati Ayam Brands dr seorang budak Apperentice MAS yg praktikal 1 line dgn aku. Aku tak pasti mana dia dpt 'lubang' jual Innershine nih. Yang pasti, memang murah lah. Satu hamper nih harga dia RM40. Ada 18 botol. 6 botol Pati Ayam Brands, 4 botol Prune Essence, 4 botol Berry Essence, dan 4 botol Quince Essence. 
Aku tak der masalah nak telan Prune, Berry dan Quince Essence. Yang jadi masalahnya bila nak telan Pati Ayam Brands tu lah. Aduh, hanyir! Mujur aku teringat yg arwah nenek aku pernah makan Pati Ayam Brands ni dulu. Kalau tak silap aku, arwah mak aku kukus dulu Pati Ayam nih sebelum bagi arwah nenek aku makan. Malam td aku try research kat 'Google', aku jumpa tips yg lebih mudah. Iaitu dengan merendamkan 1 botol Pati Ayam tu dlm mangkuk yg di isi dgn air panas yg baru mendidih. Sebelum rendam, buka dulu penutup botol Pati Ayam tuh, dan tutupkan balik. Tapi tutup tak rapatlah. Kemudian, barulah direndam. Bila dah panas Pati Ayam tuh, barulah boleh ditelan. Rasanya akan jadi macam sup ayam katanya. Nantilah kalau aku ada masa, bolehlah aku cuba tips nih. Tapi aku ingat, kalau aku tambah sikit daun bawang dlm Pati Ayam nih sebelum rendam, ok gak. Baru bebetul rasa mcm sup ayam nanti~ huhu~ :p

Tuesday, March 22, 2011

Kau Umpama Anakin Skywalker atau Kau Umpama Darth Vader?

Aku dapat idea untuk puisi/sajak kali ini masa tgh jalan-jalan kat Giant Shah Alam. Kenapa mesti Anakin Skywalker? Sebab aku tak pasti macam mana untuk aku bayangkan orang yang sekarang nih sedang menarik perhatian aku, tapi aku bimbang akhirnya dia akan menjadi orang yang memusnahkan kehidupanku. Maka ketika itu, watak Anakin Skywalker terlintas dikepala ku...

Tapi aku tak pasti mana yang lebih baik. Sama ada nak letakkan tajuk 'Kau Umpama Anakin Skywalker', atau 'Kau Umpama Darth Vader' ?.
 

Kau Umpama Anakin Skywalker~

diri ku bagaikan bermimpi
ku telah jatuh cinta kepada seseorang
seseorang yang ku sangka
baik dan tulus pada pandangan mataku

tapi sayang
hanya kerana kuasa
kau buat ku menderita
hasad yang menyelubungi mu
membuat kau membunuhku

ku sangka kau pahlawan
yang melindungiku
ku sangkakan kau perwira
yang menyelamatkanku

tapi sayang
hanya kerana kuasa
kau buat ku menderita
dan hasad yang menyelubungi mu
membuatkan kau membunuhku

kau umpama Anakin Skywalker bagi ku
kau Anakin Skywalker bagi diri ku~

 

p/s: Dan aku adalah Padme Amidala~ huhu~ (F)

Saturday, March 19, 2011

Kimchi Oh Kimchi





Posting Bertarikh: 19 Mar '11, 10.09pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Setelah beberapa hari tahan mengidam ingin makan Kimchi, akhirnya malam ini dapat gak aku pergi ke Food Junction Mid Valley selepas balik dari kerja pada pukul 7pm tadi. Aku mula terliur nak makan Kimchi selepas menonton rancangan Korea bertajuk "Family Outing" yg aku tonton dr laptop rakan sekerja aku masa aku di Old Hangar beberapa hari yg lepas. Jadi planning aku pd mulanya nak terus pergi ke Mid Valley selepas balik kerja hari ini pd pukul 4pm. Tapi disebabkan aku ditawarkan untuk OT hingga pukul 7pm, jadi aku terima saja. Tak per~ Takkan lari Kimchi dikejar.. Hehe.. 
Kalau lihat gambar diatas nih, sebenarnya yg aku makan nih, makanan Jepun dan yg kat sebelah kiri atas itu lah Kimchi. Aku beli Kimchi shj dari Korean Cuisine sbb jujurnya, aku tak berapa berminat dgn makanan Korea yg selain Kimchi. Itu pun sbb Kimchi tu pedas. Makanan Jepun yg aku beli tu pula langsung tak pedas. Jadi kena sgt lah hidangan tu aku makan dengan Kimchi...

Friday, March 18, 2011

Hello! Operation Check...





Posting Bertarikh: 18 Mar '11, 11.59am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Hari nih first time tolong LAE buat clearance utk Operation Check. Mula-mula agak cuak gak nak buat. Maklumlah dah 2 hari aku kena hantar keje kat tempat 'panas'. Sebelum nih pernah ada staff tersepit tangan kat flap dan ada yg mati tersepit di kepala. Syukur waktu check dibuat tiada apa-apa kemalangan terjadi. Haishh~ mintak simpang! 

Cara buat clearance, pastikan tiada sesiapa yg buat kerja dikawasan hydraulic, flap, area wing, dan rudder. Lepas tu gunakan headset utk comunicate dengan LAE di cockpit. Bila LAE kata "check clearance di area bla bla..", aku akan jawab, "standby" dengan style ala2 game starcraft. Haha.. Lepastu, aku kena jerit, "Hydraulic!!!!!". Kemudian pastikan tak der org yg buat kerja dikawasan itu. Bila dah clear, aku kena beritahu LAE, "All clear..." dan LAE akan mula buat Operation Check.. 

Kemudian disambung pula dengan AOA Opp chk.. Waktu nih dah tak gementar sangat sebab dah tak der kaitan dengan komponen hydraulic yg bergerak. Terima kasih kepada Tech Hazuandi, LAE Chong, LAE Dendang yang membimbing dan beri kepercayaan kepada saya untuk handle kerja nih. Terima kasih juga kepada 2 org apparentice yg membantu...

Aircraft:
Thai B737
Line 6 ~ 

Wednesday, March 16, 2011

Tersadai...





Posting Bertarikh: 16 Mar '11, 3.39pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Bila agaknya aircraft Phoenix ni nak keluar dari Line? Dah 2 bulan mengadap aircraft nih. Bosan tul.. Makin lama duduk kat sini, makin banyak defect! 

Monday, March 14, 2011

Filem Epik: Hikayat Merong Mahawangsa





Posting Bertarikh: 14 Mar '11, 9.57pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Walaupun ada kelemahan, tetapi tetap best!