Saturday, September 15, 2012

Melukis Ketenangan Setelah Lelah Bekerja (Part 2)





Posting Bertarikh: 15 Sep '12, 9.56pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Melucukan bila gambar pantai yg aku lukis menjadi perhatian.. Dari sebuah pantai yg lengang kini menjadi sebuah pantai yg sangat meriah! ;) 
Ramai juga yg menguji kreativiti masing2 dgn melukis dan menambah 'watak' setiap org hingga penuh ruang pd gambar pantai nih.. 
Malah ada juga yg mengambil gambar dan meng'upload'nya di fb. Dan ada juga aku dengar khabar yg gambar nih dah sampai dekat Bos Atasan.. Haha~ 
Ah, gasaklah.. Bukan lukis gambar tak senonoh pun.. Hanya sekadar gambar lucu sahaja.. Tak menyalahi peraturan pekerja pun, kan? Huhu~ 

Melukis Ketenangan Setelah Lelah Bekerja





Posting Bertarikh: 15 Sep '12, 9.30pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs


Lelah bekerja menyiapkan MOD ACARS, masuk waktu break ptg, aku sempat membayangkan sebuah tempat yg menenangkan lalu aku lukiskan disehelai kertas. Juga utk menguji kreativiti seni melukis yg dah lama tidak dipraktiskan.. Serta membuat 1 usikan dgn melukis gambar seorang Pak Cik (TYDG) di Line aku sedang memancing di situ..  :-)
Gambar ini aku lekatkan di dinding sebelah meja makan di Line 5 sekadar suka-suka.. :-)
**gambar candid sebelum masuk bulan puasa yg lalu..

Hari-hari Lengang di Line 5





Posting Bertarikh: 15 Sep '12, 8.43pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs


Antara gambar candid yg sempat aku shoot di tempat kerja sambil men'charge Iphone.. Gambar 16/06/12 yg lalu. Time nih orang-orang line aku bosan sbb aircraft tak jadi pergi 'Test Flight' kalau tak silap. Jadi, bos-bos aku semua mengisi masa mengadap komputer masing-masing.. Dan ada seorang 'penyeri' yg duk mundar-mandir sbb tak da tak tahu nak buat apa di situ.. Huhu~

Thursday, September 13, 2012

My First Flight


My First Flight a video by nuristimewa on Flickr.

Menjadi 1 sejarah didalam hidup aku bila utk pertama kalinya, aku dpt menaiki Kapal Terbang yg terbang di udara. Klu tak sebelum nih, naik kapal terbang yg sedang menjalani maintenance di 'ground' shj. Dah hampir 2 tahun aku bekerja dlm bidang aviation, inilah pertama kali aku berpeluang menaiki pesawat. Terima kasih kepada Abang aku yg sudi membuat plan percutian ke Langkawi utk kami sekeluarga pada 31 May - 1 Jun yg lepas. Kami menaiki pesawat Air Asia, Airbus A320 utk pergi dan balik dgn tiket promotion Rm70 seorang, klu tak silap aku.. 
Masa first time naik pesawat, rasa seram-sejuk juga aku. Kena pula waktu pergi ke Langkawi tu aku kena demam yg agak teruk. Jadi masa kapal nak 'take off' tu, bukan main sakit telinga aku. Ada member aku kata, pilot tak pandai control pressure, tu yg jadi sakit telinga. Tapi aku rasa, sbb aku demam selsema kot, tu yg telinga aku sakit.. Tapi masa naik pesawat balik dr Langkawi, aku dah pandai sikit, aku makan 'chewing gum' bebanyak waktu kapal nak 'take off', Alhamdulillah, kurang sikit sakit telinga aku. Huhu~ 
Waktu pesawat di udara, aku mmg excited giler! Siap jerit-jerit bila nampak jambatan Pulau Pinang dr udara.. Huhu~ 
Sebelum nih, tak dpt aku bayangkan, mcm mana rupa daratan bila kita tengok dr udara? Rupa-rupanya, ianya sama mcm kita buka 'Google Map' di internet, dan lihat guna satelite.. Hurm~ lebih kurang mcm tu lar gambaran dia.. 
Disini aku cuba upload video.. Klu boleh lihat video yg aku upload nih, Flickr mmg terbaik lah! ;)

Cuti-cuti Langkawi





Posting Bertarikh: 13 Sep '12, 10.23pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Salam.. 
Dah lama aku tak ber'live blogging kan? Ok, ini aku update gambar sebuah bangunan pasaraya. Cuba teka, bangunan apa? Hehe~ ok lar, sebenarnya aku tak tahu gambar yg mana yg boleh aku share dr hp aku nih, yg boleh menggambarkan yg aku pernah sampai disini.. Utk pengetahuan, ini adalah pasaraya 'IDAMAN SURI' yg sangat popular tempat org shopping pinggan-mangkuk di Langkawi.. 
Aku dapat bercuti ke Langkawi nih pada 30/05/12 - 01/06/12 yg lalu.. Pergi bersama family dgn menaiki penerbangan Air Asia..