Thursday, December 13, 2012

BAIK itu SUBJEKTIF

BAIK dari pandangan seseorang adalah sesuatu yg SUBJEKTIF. Sama seperti CANTIK/HENSEM. BAIK pada pandangan kita, belum tentu BAIK pada pandangan orang lain. Mungkin ada sesetengah orang yang TAK BUAT JAHAT kat kita. Tapi dia pernah BUAT JAHAT kat org lain. Sudah pasti orang yg pernah 'terkena' tu akan kata dia JAHAT. Manakala kita pula akan kata dia BAIK, sbb dia tak pernah BUAT JAHAT kat kita.


Tapi, ada juga sesetengah orang yg hanya mendengar cerita dari orang lain, yg sifulan itu seorang yg JAHAT. Maka dia terus BENCI/ANTI pada sifulan itu sedangkan sifulan itu TAK PERNAH BUAT JAHAT pun kat dia. Dengan erti kata lain, TIADA SALAH dan DOSA, si sifulan tuh kat dia.

Itulah hakikatnya... Kadang-kadang kita suka MENGHUKUM tanpa sebab. Tanpa kita nak ambil tahu, siapa sebenarnya yg bersalah. Mcm KES BOLA mlm td... Orang lain yg BUAT SALAH, orang lain yg kena KAD MERAH... ah, tiba-tiba termasuk citer BOLA lagi, huhu~ :-P

--------------------------------

* Update FB. Sebenarnya ada sesuatu yg aku cuba nak sampaikan berdasarkan 'bebelan' diatas... Tak pastilah orang boleh 'tangkap' ker tidak...

Tuesday, December 11, 2012

Lucu 12.12.12

Dialog lucu hari ini ~ 12/12/12...

Apabila status 'MENGHILANGKAN DIRI' dibuat sebagai tanda 'PROTES'... ala-ala merajuklah konon-kononnya..

Ringtone Iphone3Gs, 'Leave Out All The Rest' bergema...
Me: Hello, Assalamualaikum..
Sister: W'salam. Tengah buat apa tuh?
Me: Tengah KEMAS BAJU...
Sister: Hah?? Tengah KEMAS BAJU? KAU NAK PERGI MANA???
Me: Errkk... Tengah KEMAS BAJU? Angkat baju dari ampaian, lipat, masukkan dlm almari. Tengah KEMAS BAJU lah tuh~ Kenapa?
Sister: Oooohhh~ kih..kih..kih..

*Alahai... ini bukan kisah drama melayu lakonan Farid Kamil, Maya Karin atau apa-apa drama Korea. Bila merajuk atau bengang, terus kemas beg, beli tiket lalu pergi ke mana-mana pulau atau ke luar negara. Sebenarnya utk 'release tension', kita tak perlu pergi jauh pun.. Cukup sekadar kita mengadu pada 'Dia'. Sebab 'Dia' tak pernah tinggalkan kita. Sentiasa ada dengan kita. Biar kita susah, senang, suka, duka, baik atau jahat, 'Dia' tetap ada dengan kita... Hanya bergantung pada diri kita. Sama ada kita nak kembali pada 'Dia' atau tidak. Itu saja...
Tapi, klu pergi bercuti pun ada baiknya juga dari segi psikologinya...

**Teringin nak lihat Ka'abah didepan mata... ;-)

---------------------------------

Update di FB... Aku ponteng kerja (MC) sebab 'hangin' dengan seorang Technician...

Saturday, September 15, 2012

Melukis Ketenangan Setelah Lelah Bekerja (Part 2)





Posting Bertarikh: 15 Sep '12, 9.56pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Melucukan bila gambar pantai yg aku lukis menjadi perhatian.. Dari sebuah pantai yg lengang kini menjadi sebuah pantai yg sangat meriah! ;) 
Ramai juga yg menguji kreativiti masing2 dgn melukis dan menambah 'watak' setiap org hingga penuh ruang pd gambar pantai nih.. 
Malah ada juga yg mengambil gambar dan meng'upload'nya di fb. Dan ada juga aku dengar khabar yg gambar nih dah sampai dekat Bos Atasan.. Haha~ 
Ah, gasaklah.. Bukan lukis gambar tak senonoh pun.. Hanya sekadar gambar lucu sahaja.. Tak menyalahi peraturan pekerja pun, kan? Huhu~ 

Melukis Ketenangan Setelah Lelah Bekerja





Posting Bertarikh: 15 Sep '12, 9.30pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs


Lelah bekerja menyiapkan MOD ACARS, masuk waktu break ptg, aku sempat membayangkan sebuah tempat yg menenangkan lalu aku lukiskan disehelai kertas. Juga utk menguji kreativiti seni melukis yg dah lama tidak dipraktiskan.. Serta membuat 1 usikan dgn melukis gambar seorang Pak Cik (TYDG) di Line aku sedang memancing di situ..  :-)
Gambar ini aku lekatkan di dinding sebelah meja makan di Line 5 sekadar suka-suka.. :-)
**gambar candid sebelum masuk bulan puasa yg lalu..

Hari-hari Lengang di Line 5





Posting Bertarikh: 15 Sep '12, 8.43pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs


Antara gambar candid yg sempat aku shoot di tempat kerja sambil men'charge Iphone.. Gambar 16/06/12 yg lalu. Time nih orang-orang line aku bosan sbb aircraft tak jadi pergi 'Test Flight' kalau tak silap. Jadi, bos-bos aku semua mengisi masa mengadap komputer masing-masing.. Dan ada seorang 'penyeri' yg duk mundar-mandir sbb tak da tak tahu nak buat apa di situ.. Huhu~

Thursday, September 13, 2012

My First Flight


My First Flight a video by nuristimewa on Flickr.

Menjadi 1 sejarah didalam hidup aku bila utk pertama kalinya, aku dpt menaiki Kapal Terbang yg terbang di udara. Klu tak sebelum nih, naik kapal terbang yg sedang menjalani maintenance di 'ground' shj. Dah hampir 2 tahun aku bekerja dlm bidang aviation, inilah pertama kali aku berpeluang menaiki pesawat. Terima kasih kepada Abang aku yg sudi membuat plan percutian ke Langkawi utk kami sekeluarga pada 31 May - 1 Jun yg lepas. Kami menaiki pesawat Air Asia, Airbus A320 utk pergi dan balik dgn tiket promotion Rm70 seorang, klu tak silap aku.. 
Masa first time naik pesawat, rasa seram-sejuk juga aku. Kena pula waktu pergi ke Langkawi tu aku kena demam yg agak teruk. Jadi masa kapal nak 'take off' tu, bukan main sakit telinga aku. Ada member aku kata, pilot tak pandai control pressure, tu yg jadi sakit telinga. Tapi aku rasa, sbb aku demam selsema kot, tu yg telinga aku sakit.. Tapi masa naik pesawat balik dr Langkawi, aku dah pandai sikit, aku makan 'chewing gum' bebanyak waktu kapal nak 'take off', Alhamdulillah, kurang sikit sakit telinga aku. Huhu~ 
Waktu pesawat di udara, aku mmg excited giler! Siap jerit-jerit bila nampak jambatan Pulau Pinang dr udara.. Huhu~ 
Sebelum nih, tak dpt aku bayangkan, mcm mana rupa daratan bila kita tengok dr udara? Rupa-rupanya, ianya sama mcm kita buka 'Google Map' di internet, dan lihat guna satelite.. Hurm~ lebih kurang mcm tu lar gambaran dia.. 
Disini aku cuba upload video.. Klu boleh lihat video yg aku upload nih, Flickr mmg terbaik lah! ;)

Cuti-cuti Langkawi





Posting Bertarikh: 13 Sep '12, 10.23pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Salam.. 
Dah lama aku tak ber'live blogging kan? Ok, ini aku update gambar sebuah bangunan pasaraya. Cuba teka, bangunan apa? Hehe~ ok lar, sebenarnya aku tak tahu gambar yg mana yg boleh aku share dr hp aku nih, yg boleh menggambarkan yg aku pernah sampai disini.. Utk pengetahuan, ini adalah pasaraya 'IDAMAN SURI' yg sangat popular tempat org shopping pinggan-mangkuk di Langkawi.. 
Aku dapat bercuti ke Langkawi nih pada 30/05/12 - 01/06/12 yg lalu.. Pergi bersama family dgn menaiki penerbangan Air Asia.. 

Tuesday, July 17, 2012

Jangan Gaduh...

Jika kau tahu
Aku cuba menjadi neutral
Bukan berlagak sempurna
Tetapi aku inginkan perdamaian

 

Tiada bermasam muka
Tiada jelingan sinis curiga
Tiada caci maki mengata
Biar pun ku tahu ada yang tak suka

 

Wahai hati insan yang keras
Semoga Allah lembutkan hatimu
Wahai hati insan yang iri
Semoga Allah tenangkan jiwa mu
Wahai hati insan yang berbolak-balik
Semoga Allah tetapkan pendirian mu

 

Semoga suatu hari nanti
Aku dapat melihat rakan-rakan sekerja ku
DAMAI dan BERSATU....

 

** Sajak nih tertaip di ruangan Note Iphone aku masa aku kerja di New Hangar. Waktu itu aku sedia maklum terdapat '2 puak' wanita ditempat kerja ku. 1- puak Old Hangar, 2- puak New Hangar. Tiada sebab yang jelas kenapa mereka nih saling tak baik antara 1 sama lain. Bagi aku hanya satu saja puncanya iaitu 'iri'... itu saja...

Friday, April 27, 2012

Suara AZAN...

AZAN...
Masihku ingat Azan itu
Azan itu bergema diawal pagi bulan Ramadhan
Yang malamnya bersejarah

 

Azan itu..
Membangunkan tubuh yag lesu
Menenangkan hati yang lara
Meredakan tangisan disepanjang malam
Bagaikan satu keajaiban

 

Masihku ingat pemilik suara Azan itu
Yang menambat hati ini
Yang juga penghancur jiwa ini
Ya Allah, apakah hikmah disebalik sejarah ini?
Sejenak terkenang,
Hati ini bergetar kembali....

 

**Idea tercetus...
12.00tgh hari, 23/3/2012- Ladies Crew Room, Line 8. MAS Subang...
sebenarnya, aku terkenang 'kisah lama' waktu membaca novel nukilan budak apperentice MAS,'Transit Cinta- Iqbal Syarie'...

itu yg membuatkan sajak diatas terhasil...

Negara Islam- Siapa Yang Ambil Tahu?

Disekelilingku,
Tiada sesiapa yang mengambil tahu,
Cuba untuk bercerita,
Hakikatnya tiada sesiapa yang mahu mendengar,
Kereta, fesyen dan cinta lebih menjadi topik pilihan.

 

Ingin aku luahkan, rasa bimbangku pada dunia,
Satu demi satu negara rakan se'agama kita 'bergegar',
Tidakkah terfikir, satu masa kelak
sampai 'gegaran' yg sama dinegara kita?

 

Sekiranya benar,
akan hanya ada 3 kuasa utama yg bertakhta didunia kelak,
di'kuasa' manakah yg kita ingin berada?
DUNIA ISLAM, CHINA, atau AMERIKA?

 

 

** Luahan hati (news feed FB pd 9/3/2012, jam 4.56pm..) selepas mengikuti "Forum SYIRIA Pedulikah Kita?" di USIM.. kemudian esoknya, teringin nak bercerita mengenai info dlm forum tersebut dekat rakan sekerja, tapi... tak der sesiapa pun nak mendengar~ :-(

Sudah-sudah Lah...

Sudah-sudahlah wahai hati
Jangan dilayan perasaan lagi
Sekiranya cinta benar hadir
Biarlah hadir dengan jodoh cinta Ilahi

 

Sudah-sudahlah wahai 'bayang'
Jangan kau ikut langkahku ini
Biarkan hujan berpanjangan
Biarkan banjir menyerang
Namun jangan benarkan 'si bayang' datang...

 

**FB news feed '23 Jan 2012', jam 3.51pm~
rangkap pertama terhasil lebih awal, iaitu pada 22/12/2011, jam 7.00pm~
sajak terhasil setiap kali terjumpa insan yg sama..
yg membuatkan hati berdebar... :-$

Monday, January 16, 2012

New Friend, Lomo Kitty Fisheye..





Posting Bertarikh: 16 Jan '12, 1.38pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ini adalah sebuah kamera lomo yang aku beli pada 3 Januari yang lalu. Aku beli di Kedai 'The Clickshop' yang terletak di SS2, area Damansara. Kamera nih aku beli dalam harga rm189 kalau tak silap. Filem dia pula aku beli yang jenis biasa, ASA 400 berharga rm10. Hari sabtu lepas aku baru dapat habiskan segulung filem tu dengan mengambil gambar yang entah apa-apa. Lihatlah dalam masa terdekat nih aku akan cuci filem tu di sebuah kedai Kodak di Subang Perdana. Entah ok entah tidak hasil dia.. Huhu~ 

Kesempitan Melanda Diri..





Posting Bertarikh: 16 Jan '12, 1.17pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Kesempitan kewangan yang melanda diri memaksa aku untuk keluarkan juga sedikit simpanan yg aku ada untuk membeli laptop baru, menggantikan laptop Asus X80L yg telah menamatkan riwayatnya setelah hampir 5 tahun tahun berjasa didalam hidupku.. So, pada bulan-bulan yang akan datang, aku perlu 'topup' kembali simpanan yg aku telah gunakan untuk kali ini~ 

Sunday, January 1, 2012

Tayar Kereta Baru..





Posting Bertarikh: 1 Jan '12, 11.43pm MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Ok, semalam pd akhir tahun 2011 aku telah tukar tayar kereta aku yg sudah pun tamat tempoh penggunaannya selama 5 tahun. Kata org, tayar dah 'mati'. Ayah tolong tukarkan tayar kereta aku di kedai bengkel Bukit Gambir. Kedai yg mana tu, aku tak pasti. Tapi ayah aku tak tukarkan ke empat-empat tayar. Hanya tukar 2 tayar belakang. 2 tayar baru, pasang didepan dan 2 tayar lama yg dihadapan, ditukar ke bahagian belakang. Jadi tak der lah keluar duit sekali banyak. Aku minta tolong ayah tukarkan juga Bateri kereta aku yg sudah 4 tahun digunakan. (last tukar bateri masa aku sem akhir di Miat tahun 2008). 
Ok, budgetnyer, 
Bateri Baru: rm175
Tayar Dunlop (made in Malaysia): rm350 (rm175x2)
Tiup: rm10
Alignment: rm15
Jual Bateri Lama: -rm15
So, semuanya: rm535 
Berbanding masa aku tukar Absorver dulu, kat kampung nih buat Alignment lagi murah. 
Masa buat Alignment di Pandan Indah; 
Alignment: rm18
Camber Kit: rm45
Adjust Camber: rm15
So, dah melayang rm78 kat situ... 
Insya'Allah, bulan depan aku akan tukar lagi 2 tayar yg masih belum ditukar..