Friday, April 27, 2012

Suara AZAN...

AZAN...
Masihku ingat Azan itu
Azan itu bergema diawal pagi bulan Ramadhan
Yang malamnya bersejarah

 

Azan itu..
Membangunkan tubuh yag lesu
Menenangkan hati yang lara
Meredakan tangisan disepanjang malam
Bagaikan satu keajaiban

 

Masihku ingat pemilik suara Azan itu
Yang menambat hati ini
Yang juga penghancur jiwa ini
Ya Allah, apakah hikmah disebalik sejarah ini?
Sejenak terkenang,
Hati ini bergetar kembali....

 

**Idea tercetus...
12.00tgh hari, 23/3/2012- Ladies Crew Room, Line 8. MAS Subang...
sebenarnya, aku terkenang 'kisah lama' waktu membaca novel nukilan budak apperentice MAS,'Transit Cinta- Iqbal Syarie'...

itu yg membuatkan sajak diatas terhasil...

Negara Islam- Siapa Yang Ambil Tahu?

Disekelilingku,
Tiada sesiapa yang mengambil tahu,
Cuba untuk bercerita,
Hakikatnya tiada sesiapa yang mahu mendengar,
Kereta, fesyen dan cinta lebih menjadi topik pilihan.

 

Ingin aku luahkan, rasa bimbangku pada dunia,
Satu demi satu negara rakan se'agama kita 'bergegar',
Tidakkah terfikir, satu masa kelak
sampai 'gegaran' yg sama dinegara kita?

 

Sekiranya benar,
akan hanya ada 3 kuasa utama yg bertakhta didunia kelak,
di'kuasa' manakah yg kita ingin berada?
DUNIA ISLAM, CHINA, atau AMERIKA?

 

 

** Luahan hati (news feed FB pd 9/3/2012, jam 4.56pm..) selepas mengikuti "Forum SYIRIA Pedulikah Kita?" di USIM.. kemudian esoknya, teringin nak bercerita mengenai info dlm forum tersebut dekat rakan sekerja, tapi... tak der sesiapa pun nak mendengar~ :-(

Sudah-sudah Lah...

Sudah-sudahlah wahai hati
Jangan dilayan perasaan lagi
Sekiranya cinta benar hadir
Biarlah hadir dengan jodoh cinta Ilahi

 

Sudah-sudahlah wahai 'bayang'
Jangan kau ikut langkahku ini
Biarkan hujan berpanjangan
Biarkan banjir menyerang
Namun jangan benarkan 'si bayang' datang...

 

**FB news feed '23 Jan 2012', jam 3.51pm~
rangkap pertama terhasil lebih awal, iaitu pada 22/12/2011, jam 7.00pm~
sajak terhasil setiap kali terjumpa insan yg sama..
yg membuatkan hati berdebar... :-$