Setelah beberapa hari tahan mengidam ingin makan Kimchi, akhirnya malam ini dapat gak aku pergi ke Food Junction Mid Valley selepas balik dari kerja pada pukul 7pm tadi. Aku mula terliur nak makan Kimchi selepas menonton rancangan Korea bertajuk "Family Outing" yg aku tonton dr laptop rakan sekerja aku masa aku di Old Hangar beberapa hari yg lepas. Jadi planning aku pd mulanya nak terus pergi ke Mid Valley selepas balik kerja hari ini pd pukul 4pm. Tapi disebabkan aku ditawarkan untuk OT hingga pukul 7pm, jadi aku terima saja. Tak per~ Takkan lari Kimchi dikejar.. Hehe..
Kalau lihat gambar diatas nih, sebenarnya yg aku makan nih, makanan Jepun dan yg kat sebelah kiri atas itu lah Kimchi. Aku beli Kimchi shj dari Korean Cuisine sbb jujurnya, aku tak berapa berminat dgn makanan Korea yg selain Kimchi. Itu pun sbb Kimchi tu pedas. Makanan Jepun yg aku beli tu pula langsung tak pedas. Jadi kena sgt lah hidangan tu aku makan dengan Kimchi...
Saturday, March 19, 2011
Kimchi Oh Kimchi
Labels:
Live Blogging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment