Restoran Ayam Penyet RIA yg terletak dideretan kedai diseberang jalan depan Sunway Pyramid nih dah jadi port lepak aku kalau nak makan di tempat yg jauh sikit dari tempat makan yg menjadi kebiasaan staff MAS melepak. Kalau ke Restoran Ikan Bakar Fendy di KJ, mmg confirm kena beratur panjang. Yang lelaki pun sama sibuk beratur makan juga. Tah kemana Solat Jumaat dia org, aku pun tak tahu. Solat Jumaat ikut TV kat Restoran agaknya. Huhu..
Jadi memandangkan aku sekadar berjalan seorang saja hari nih, aku makanlah Ayam Penyet kat depan Sunway Pyramid nih. Jalan tak sesak sangat, org yg dtg kat restoran nih pun tak ramai. Serve makanan cepat giler!
Apa yg menyebabkan Ayam Penyet RIA nih sedap sbb sambal belacan dia. Sangat pedas dan best! Bagi aku yg kuat mkn pedas, memang kena sgt lah sambal belacan dia dengan lidah aku. Tapi kalau org yg tak kuat mkn pedas, hati-hati, mahu mengalir air mata nanti. Huhu~
Dah makan pedas, minum pula Air Soda Gembira. Memang gembira habislah... So, apa lagi? Jom, makan! Nyum~ nyum~
Friday, April 1, 2011
Makan Ayam Penyet depan Sunway Pyramid
Labels:
Live Blogging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment