Sunday, June 12, 2011

Settle... Tukar Absorber Kereta





Posting Bertarikh: 12 Jun '11, 10.57am MYT.
Dari Kaca Lens: Iphone 3Gs



Semalam, berjaya juga projek aku utk tukar Absorber kereta yg aku pun tak pasti sejak bila rosak. Maklumlah~ aku nih cuma tahu guna kereta jer. Bab-bab maintenance nih, bukan tahu sangat. Mujur juga ada Abang kandung yg sudi membantu. Maka semalam, melayanglah duit aku sebanyak rm588... 
Absorber+Spring+Mounting segala: rm450
Upah pasang: rm60
Aligment: rm78
Beli sendiri barang-barang nih kat kedai spare-part, kemudian hantar untuk upah pasang. Siap pasang, baru hantar kedai untuk buat Aligment. Kira, buat mcm nih, save budget sikitlah. Kalau terus hantar kedai, aku rasa kena bayar lagi mahal kot... Mahu nak dekat rm1000... 

2 comments:

  1. Apesal mahal sangat upah nak rm60? Biase rm40 je..

    Alignment tu mmg mahal sgt, tak logik langsung, kat mane bengkel paling mahal pn rm40 je, nampak sangat ko dah kena kikis ngan bengkel tu..

    Cuba minta penjelasan ngan bengkel tu nape mahal sangat, sebab kalau sc pun takde mahal sangat..

    ReplyDelete
  2. oh ye ker? yg rm40 tu kat kedai area mana lak?
    bro, saya tukar absorber ni pada tahun 2011 yg lalu.. baca post tak tengok tarikh ker?
    tak der apa yg perlu saya marahkan.. cerita dah 2 tahun lepas... nak bising mintak penjelasan pun tak guna...

    ReplyDelete