Jika kau tahu
Aku cuba menjadi neutral
Bukan berlagak sempurna
Tetapi aku inginkan perdamaian
Tiada bermasam muka
Tiada jelingan sinis curiga
Tiada caci maki mengata
Biar pun ku tahu ada yang tak suka
Wahai hati insan yang keras
Semoga Allah lembutkan hatimu
Wahai hati insan yang iri
Semoga Allah tenangkan jiwa mu
Wahai hati insan yang berbolak-balik
Semoga Allah tetapkan pendirian mu
Semoga suatu hari nanti
Aku dapat melihat rakan-rakan sekerja ku
DAMAI dan BERSATU....
** Sajak nih tertaip di ruangan Note Iphone aku masa aku kerja di New Hangar. Waktu itu aku sedia maklum terdapat '2 puak' wanita ditempat kerja ku. 1- puak Old Hangar, 2- puak New Hangar. Tiada sebab yang jelas kenapa mereka nih saling tak baik antara 1 sama lain. Bagi aku hanya satu saja puncanya iaitu 'iri'... itu saja...
No comments:
Post a Comment