Kebetulan hari ini, 1/1/2013 jatuh pada hari Selasa. Antara hari yang baik untuk potong kuku, bercukur atau potong rambut. Jadi, setelah bercadang hendak trim rambut dari bulan Disember yang lalu, akhirnya baru hari ini aku sempat pergi ke Salon Rambut.
Pada mulanya aku bercadang nak buat style mcm Hilary Duff seperti watak Lizzie Mcguire. Bila sampai di salon, aku cakap kat Barbers tuh, aku nak potong rambut ikut kesesuaian muka aku. Dia tanya nak potong style macam mana? Aku cakap, "kalau layer, ok tak?". Barbers tu kata tak leh layer sangat. Buat layer bulat, ok larr.. So, aku iya kan saja kata Barbers tuh. Potong punya potong, barbers tu tanya lagi, nak cut depan tak? Aku iya kan juga. Dia cut depan. Aku tak tengok sangat. Aku buzy baca FB kat iphone dan lepas tuh main game 'Diamond'. Lepas tuh cuci dan buat 'straight blower'.
Bila siap blower, aku tengok cermin dan terkesima. Style rambut aku dah macam Katerina dalam movie 'Lagenda Budak Setan'. Ah, sudaa... Lain style yang aku nak, lain lak style yg barbers tu buat. Ah, tak kisahlah. Asalkan dah potong... Melayang juga rm56 untuk gunting, cuci dan ubat buang kelumumur.
and... barbers tuh pesan minta datang lagi. Dia cadangkan aku utk buat Scalp Treatment... dengan harga rm120. hurmm~ lain kalilah... tunggu aku ada budget...
Maka... jadilah ini fashion Tahun Baru 2013, aku... ;-)
No comments:
Post a Comment