Aku PEREMPUAN...
Biar pun aku kelihatan LURUS
Namun hakikatnya,
Aku tetap sebatang TULANG RUSUK YG BENGKOK...
Biarkan aku bermain
Biarkan aku berlari
Namun dikala aku terjatuh,
Diharap... jangan pernah serik...
Melayan karenahku disini
Kerana aku akan lebih menghargai
Hati akan berbisik
Minda akan berfikir
Mulut akan berkata
Hakikatnya semua tidak akan memberi gambaran yang sama
Namun apabila NEKAD datang,
Tiada apa yang mampu menghalang...
Terimalah kenyataan bila mana,
Tiada CINTA
Tiada KEPERCAYAAN
Tiada KETENANGAN... maka...
Tiada apa yang mampu MENGIKAT hati ini lagi
Aku perlukan KEPERCAYAAN
KONGKONGAN dan KECURIGAAN membuat aku rimas dan benci
Kebencian akan membuatku LARI
Maafkan aku kerana terpaksa PERGI...
~BREAKING THE RULES~
**idea tercurah masa nak masuk tidur... rangkap pertama dan terakhir dtg dlm minda terlebih dahulu.. baru rangkap2 yg lain dtg... siap mengarang kul 12.30mlm/FB News Feed/ 08 March 2013... sekian...
Disebalik Tadbir:
Sajak ini terhasil meluahkan rasa hati yang apa berlaku didalam hidup baru-baru ini... Sudah hampir seminggu peristiwa itu berlalu.. Keputusan yg dibuat bukan sekadar keputusan sendiri yang mungkin org sangka kerana mata duitan atau sikap sellfish. Tetapi keputusan ini diambil diatas nasihat dan pandangan pelbagai pihak. Dan pandangan dr insan terakhir ini telah membuahkan NEKAD...
"....rezeki yg baik akan akan beri ketenangan pd jiwa serta membuat zahir dan batin kita bahagia melakukannya.
Dalam kes nur ini ust nampak byk kepincangannya...tetapi sesuatu dugaan yg Allah beri adalah sbg persediaan utk kita dlm menghadapi tanggungjawab yg lebih besar di masa hadapan,
Nur jadikanlah iktibar dan jgn lakukan spt apa yg mrk lakukan Nur jika satu masa nanti Allah kurniakan rezeki yg baru dan lebih baik.
Allah sentiasa beri kita peluang memilih...jadi Nur pilihlah utk berundur dr situ dan mengatur langkah yg baru dn doa dan munajat agar rezeki yg baru nanti akan membahagiakan Nur.
Ust akan doakan selalu,yakinlah rezeki kita Allah yg mengaturnya dan Nur hanya 'singgah' sebentar di situ menimba pengalaman.
Doa yg terbaik dr Ust utk nur."
Terima kasih Ustaz diatas pandangan yg diberi... lega hati membaca pandangan Ustaz ini...
Jika ada lagu latar yg boleh aku kongsikan bersama sajak dan peristiwa ini, aku ingin kongsikan lagu "KARMA- FAIZAL TAHIR" utk serba sedikit meluahkan apa yang berlaku... (U)
No comments:
Post a Comment