Friday, May 20, 2011

HATI... Berjagalah~

HATI~
kau terlalu mudah terusik dan diusik
kau tahu betapa sukarnya aku menjaga mu
cara bagaimana utk aku menbendung mu?
dari serangan titik hitam duniawi~

 

HATI~
janganlah kau mengeras
aku tidak mahu kau mati
jauh sekali mahu kau terluka atau sakit
agar tidak menjadi fasik dan munafik

 

HATI~
ku pujuk kau agar sentiasa ingat
ikuti Al-Quran dan As-Sunnah
petunjuk sepanjang zaman
agar tidak tersasar dari jalan kebenaran~

 

HATI~
jika sudah tersasar
kembalilah ke pangkal jalan
jangan angkuh jangan segan
sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang~

(L) (L) (L)

2 comments:

  1. suke bace penulisan awk...
    sy juga mahu mengarang tp xpndai,
    nak luah tapi xtau care...
    bile menulis bahse tunggang langgang xtau nk susun...=)
    byk y terbuku dihati tapi tidak dapat diluah..
    kdg2 sakit bile terlalu pendam tapi hanye mampu pendam sbb hati sdnri shje tahu ape y paling dalam di dalam hati ini..=))
    teruskan penulisan saudari...sy sedia membace bile kelapangan...

    ReplyDelete
  2. @fazier, terima kasih kerana sudi membaca.
    penulisan begini boleh dipraktiskan. mula-mula memang agak tunggang langgang. tapi bila dah biasa buat, akan jadi ok...

    ReplyDelete